Monday, November 29, 2010

MUNCUL KEMBALI (859)

UMNO tidak perlu pengaruh Pas untuk kekal kuasa

WALAUPUN Umno pernah mengalu-alukan gagasan kerajaan perpaduan Umno-Pas oleh Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan disokong kuat oleh Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa tetapi ditentang mandatori oleh Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun pada dasarnya Umno tidak perlukan Pas untuk mempertahankan kedudukannya sebagai pendomenasi Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.


Parti itu bukan lemah walaupun BN gagal meneruskan tradisi menang dengan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum lepas memandangkan kerusi-kerusi yang gagal dipertahankan oleh BN pada pilihanraya umum lepas bukannya kerusi Umno tetapi kebanyakannya kerusi milik parti komponen yang lain. Umno tetap jadi pilihan orang Melayu.

Sebarang pengalu-aluan kerjasama dengan mana-mana parti Melayu oleh Umno, terutama Pas hanya pada tahap mahu memantapkan lagi kekuatan dan kehebatan yang telah pun dimiliki Umno yang mencatatkan rekod sebagai sebuah parti politik yang paling lama diberi mandat membentuk kerajaan dalam sejarah amalan demnokrasi dunia, dengan dibantu oleh parti-parti komponen BN.

Justeru Umno tidak perlu layan apa jua kerenah Pas yang cuba jual mahal seolah-olah cukup hebat dan melekat menerima sokongan rakyat walhal jumlah kerusi yang dipertandingkan pada setiap kali pilihanraya jauh dari mencukupi untuk membentuk kerajaan jika semua kereusi yang ditandingi 100 peratus, malah untuk mendomenasi pakatan parti membentuk kerajaan pun tidak layak sebagai Pas tidak mampu dan tidak layak mendominasi PR sekarang.

Biarlah Pas dengan 'syok' sendiri dan terjun dengan labu-labunya. Sebarang rundingan, cadangan, ajakan dan gagasan untuk memungkinkan kerjasama Umno-Pas akan menjadikan pimpinan parti berkenaan yang rata-rata dari kalangan 'tidak sedar diri' dan 'tidak berapa sega mana ' akan menjadi semakin angkuh, takbur, sombong, bongkak dan riak.

Saya amat bersetuju dengan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang baru-abru menyatakan bahawa Umno bukannya lemah dan terdesak sehingga terpaksa bergantung kepada Pas bagi menjadi wadah terbaik meneruskan survival Melayu dan agama Islam di negara ini.

Hakikat dan hakinya anya yang lemah kena bergayut kepa yang kuat. Dalam kes Umno-Pas, sepatutnya Pas yang kena 'melutut' dan merangkak meminta simpati, bukannya Umno yang tidak pernah lemah melutut pada parti yang kecil dan ibarat dahan mumut dan rapuh.

Lagi pun secara lojiknya antara Pas yang mendominasi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan dan Kedah manakala Pulau Pinang didominasi DAP dan Selangor didominasi PKR dengan Umno yang mendomenasi BN yang berkuasa di pusat dan sebilangan besar negeri-negeri di negara, ini siapa yang lebih besar, gagah, hebat dan menerima keyakinan rakyat.

Pada hakikatnya Pas sendiri sudah banyak tersasar dan tergelincir rel dari maksud, matlamat dan tujuan asal penubuhannya dengan pelbagai kemungkaran mengonak-durikan parti itu gara-gara kepimpinan terkininya yang merasa serba hebat kerana berteraskan amalan, pendekatan dan prinsip berpolitik ala 'katak bawah tempurung' yang tidak melabakan agama, bangsa dan negara.

Kalau pun Pas hebat dan berbisa dalam berpolitik, dengan hanya bertanding jumlah kerusi yang tidak melayakkannya mendomenasi kerajaan yang dibentuk, parti itu tidak akan mampu berbuat apa-apa bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mengikut acuannya kerana pendomenasi PR bukan Pas.

Ertinya hebatlah pada tahap mana, biar pun pimpinan utamanya mendukui tanggap tertinggi sebagai pemimpin paling popular di dunia pada waktu ini, Pas tidak akan mampu membentuk pemerintahan mengikut rangka dan kerangkanya kerana jumlah kerusi yang ditandingi hanya kecil dan parti itu hanya layak menjadi penumpang kepada parti-parti pakatan dalam PR, bukannya parti yang boleh memberi tumpangann kepada parti-parti lain.

Pas perlu terus hidup dengan dukungan pimpinan dari spesis dalam keadaan sedar diri dan 'merdeka dari wabak tak berapa sega mana' untuk melaksanakan matlamat dan tujuan asal penubuhannya bagi menjadi pembangkang yang berkesan supaya kerajaan Umno/BN tidak akan tersasar dari apa yang dihalalkan oleh hukum hakam.

1 comment:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara.

Pertama sekali perjuangan PAS tidak pernah konsisten. Ia mengikut keadaan. Sekarang dah masuk PR maka perjuangan untuk menegakkan hukum hudud senyap sunyi. Pemimpin PAS pun tak berani nak bawa perkara itu dalam mesyuarat PR. Takut ditengking oleh Lim Kit Siang.

Kerajaan PR di Pulau Pinang bermaharajalela menekan orang Islam. Tanah mereka dirampas. Bangunan rumah dan gerai mereka diruntuh.

Tanah orang bukan Islam tidak diusik, tidak disentuh sedikit pun walaupun mereka melakukan kesalahan yang sama yang dilakukan oleh orang Islam. Tapi tak dengar pemimpin2 PAS bersuara untuk membela orang Islam disana.

Kenapa tak tegur kerajaan Lim Guan Eng supaya jangan berlaku tidak adil kepada orang Islam di Pulau Pinang.

Rupanya nak jaga perpaduan diantara parti dalam pakatan. Atau pun takut nanti tak dapat undi dari kalangan orang bukan Islam.

Pada pemimpin PAS undi yang lebih penting. Bukan membela ummah. Mengharapkan habuan untuk menjadi menteri dan duduk di Putrajaya menjadi matlamat utama bukan memperjuangkan Islam.

Mereka memperalatkan agama untuk tujuan kepentingan peribadi semata-mata. Mereka memperalatkan penyokong2 mereka yang terlalu taksub dengan imej mereka, yang sanggup berbuat apa saja.

Mereka sebenarnya tidak serious dalam perjuangan mereka.
Seperti yang saudara nyatakan, PAS tidak pernah meletakkan calon mereka untuk membolehkan mereka memerintah peringkat pusat sejak PAS bertanding dalam pilihanraya. Maka sebab itu mereka boleh menjanjikan apa sahaja sekiranya mereka diberi peluang memerintah negara. Mereka tahu dan mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat memegang tampuk pemerintahan.

Maka tidak hairanlah apabila mereka menang Terengganu di PRU 10 pada tahun 1999 mereka tidak melaksanakan segala janji yang telah diberi. Kerana mereka sebenarnya tidak menduga boleh menang sebegitu besar. Satu diantara janji mereka ialah bahawa sekiranya kami menang, sebelum ayam berkokok, kami akan laksanakan hukum hudud.

Bila penyokong mendesak bila nak laksanakan hukum hudud jawapan diberi. Ia mengambil masa yang panjang. Hai dulu kata sebelum ayam berkokok. Bila didesak lagi pemimpin mereka kata hukum hudud hanya merupakan 0.001% daripada undang2 Islam. Hai dulu bukan main lagi nak jalankan hukum hudud sekiranya diberi kuasa.

Lihat siapa yang menipu? Siapa yang berbohong? Siapa yang bercakap tak serupa bikin? Maka tidak hairan di PRU 11 (2004) BN memerintah semula Trengganu.

Mudah-mudahan penyokong2 tegar PAS boleh muhasabah, merenung jauh dan berfikir dengan tenang. Semoga mereka akan mendapat jawapannya dan berubah.

Zek