Monday, November 29, 2010

RESPON BALAS (1)

Kita tatapi buah fikiran orang cerdik dan alim

SEUMUR hidup saya, tidak pernah sekali pun saya membuka laman web Tenganu Kite. Hari ini apabila seorang kawan memberitahu ketika minum pagi bahawa banyak laman web/blog hentam saya, barulah saya buka dan membaca web kendalian orang yang bijaksana dan barangkali jenis wali dan tinggi tahap keimanan dan ketakwaannya.

Saya perturunkan catatan tulisan sarat dengan kebijaksaan dan kecerdikan yang tersiar dalam web berkenaan;

Bukan sahaja bodoh, tapi memang berniat jahat!!Posted on Monday, November 29 @ 01:11:04 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh: batu-api2

"Saya menulis satu artikel berkaitan gambar Nik Abdul Aziz Kamil yang bersanding dikatakan sebagai gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya sertakan sekali gambar asalnya. (baca di sini).

Saya tegur Meli sebagaimana cara Meli menegur orang lain. Tapi nampak Meli tidak boleh menerima hakikat gambar itu bukan gambar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya juga masuk ke blog Meli Kapak Jangat dan membuat posting komen di blognya.

Harapan saya Meli menarik balik dan mengaku kesilapan. Tidak menjadi kudis yang akan melarat jika dia bersifat demikian. Tapi malangnya Meli bukan sahaja bodoh, malah berniat jahat terhadap posting berkaitan gambar itu.

Dia berharap benar apa yang dilihat itu adalah TGNA semasa muda. Dia kecewa kerana gambar itu bukan TGNA dan sikap kekecewaannya jelas dalam posting penjelasan dia. Saya ambil petikan penjelasan Meli dalam blognya untuk sama-sama direnungi sebagai teladan kepada penulis blog yang baru.

PENJELASAN:
Saya bukan orang politik. Saya tidak tidak ada matlamat politik. Bila orang send gambar saya postinglah. Jangan melihat dari sudut jahatnya atau negatifnya. Lihat dari sudut positifnya, hikmah di sebaliknya.

Kalau gambar ini bukan gambar TGNA, maka dengan penyiaran gambar melalui blog berkecuali ianya akan lenyap dengan sendiri. Segala penyibaran berita tidak benar akan terhenti dengan sendiri.

Kalau benarlah itu gambar TGNA dan Datik Tuan Sabaruiah sebaaimana yang didakwa, itu kita zaman silamnya. Abu Bakar, Umar, Ali dulu pun bukannya alim asalanya, mereka alim selepas kenabian dan kersalunan nabi Muhammad s.a.w.Kita manusia tidak akan babah dari melakukan salah dan silap.

\Mungkin ada pihat yang sebarkan gambar ini sebagai tindak balas kepada serangan kepada Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib sebagai (sebagaimana) menantu TGNA, Ariffahami menjadi mangsa serangan balas kerana keghairahan orang Pas serang Khiary dan Pak Lah.

Yang pasti Ariffahami baik dan mulia hatinya sebagaimana juga Khairy. tetapi malangnya mereka jadi menantu MB dan PM. Bila PM dan bini PM dan dipersendakan, sebagai imbalan dan tindak balas, MB da bini MB pula diganyang.

Kalau betul itu gambar TGNA dan isteri tentulah ada pembocoran dari dalam, kalau ianya gambar pasangan lain dan dikaitkan dengan gambar TGNA dan isteri, ianya adalah suatu pembphongan (pebohongan) dan ianya akan terhpaus dengan sendiri.

Seingat saya melalui blog saya banyak keskes fitnah selesai, terasuk kes kononnya Takiyuddin kawin anak Abe Din, adik kepada Abe Jak (kononnya bini Taki anak saudara Abe Jak) yang tersebar dan disebarkan oleh orang Pas.

Ertinya apa yang diposting tidak semestinya fitnah dan bertujuan jahat, keuali yang membaca dan menilainya dengan niat jahat dan perasaan dan pemikiran cemar. (Baca di sini).

Meli pernah menulis artikel "Berani Tulis Berani Tanggung" pada 15 Februari 2008. Meli mungkin menghayati apa yang ditulis tapi Meli tidak berani bertanggungjwab sekadar berani "tanggung" sahaja akibatnya.

Meli juga mempercayai bahawa fitnah atau benar dalam tulis boleh hilang dengan sendirinya. Maksudnya paling jelas kita tak payah bertaubat kerana apa yang dibuat semuanya akan terselesai dengan sendirinya.

Meli sudah 'sakit'. Jiwanya sakit akibat daripada dendam yang lama. Saya setuju dengan komen kakiku @ batuAir dalam artikel saya sebelum ini, melayari blog Meli Kapak Jangat tidak sedikitpun memberikan manafaat. Saya mulai hari tidak akan membukanya lagi.
BatuApi @ FireStoneShadow of Death
http://batuapi-firestone.blogspot.com/


PALING utama saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kerana berikan saya anugerah 'BODOH' dan 'Meli sudah 'sakit jiwa', mungkin saya akan lahirkan nama samaran baru dengan MELI BODOH dan MELI SAKIT JIWA sebagai kenangan abadi bagi menambahkan lagi koleksi nama-nama samaran saya.

Saya pernah abadikan gelaran SAIKO pada nama samaran saya dengan MELI SAIKO apabila gelaran itu pernah diberikan kepada saya oleh orang Pas bertaraf wakil rakyat dan merupakan antara pimpinan Pas Negeri Kelantan dan pusat ketika itu.

Kalau Allah kurniakan kepada saya KEBODOHAN dan SAKIT JIWA saya syukur ALHAMDULILLAH kerana dengan anugerah-anugerah itu saya akan terlepas dari terkena dosa terhadap apa yang saya buat.

Cuma lazimnya orang yang kata orang lain BODOH secara hakikatnya seribu kali lebih BODOH dan orang yang kata seseorang itu SAKIT JIWA sebenarnya, seribu kali lebih SAKIT JIWA. Mudah-mudahan Allah tidak timpakan kebodohan dan sakit jiwa itu kepada pengata.

Saya juga berterima kasih kerana jumlah penjengok saya akan berkurangan apabila SI BATU API tidak akan jengok blog saya lagi. Untuk apa dia yang sudah cukup cerdik dan alim menjengok blog yang akan membodoh dan menjahilkannya.

Orang membaca untuk tambah ilmu dan maklumat tetapi kalau baca untuk jadi tambah kurang maklumat dan tambah jahil, eloklah jangan baca. Saya tidak pernah palu canang minta orang baca blog saya dan tidak akan setitis pun air mata saya tumpah kerana penjenguk berhenti menjengok blog saya.

Saya tetap akan jadi saya sampai bila-bila. Saya akan terus kata TIDAK kepada untuk MEMBERHALAKAN sesama manusia. Rujukan mutlak saya adalah al-Quran dan Hadis.

14 comments:

najmi said...

rujukan mutlak tuan adalah quran?
ayat mana kata boleh bubh gamba palsu pastu fitnah orang... ni rujuk quran ka talmud?
sebab teknik ni macam yahudi punya teknik, dulu2 tuduh musa a.s ahli sihir..

joostspring said...

rujukkan tian chua...

hahahahhahahaha

amik pala najib,amik pala hantutuya lpas tu tepek n buat propaganda...

kahkhakhkahkhakahhka...

bila kena ko ajis sendri pakat marah dan wat lucunya g buat laporan polis...

hahahahahhahahaha..

WAH HARAM MU..WAH HALAL AKU...

kahakhakahkahakhahakahkahka...

poooodah...

Anonymous said...

org2 pas ni xse ko bahas dgn nor derih dan suruh nor derih tarik balik kata2 dia yg oyt nik ajis ni berehi amik ayt quran sekerat2 dan serupo dgn kura....

berat wei pertuduhan nor derih ko nik ajis tu...dlm video tu sebutir2 dia sebut nama org2 hok terlibat dlm meeting tu

john said...

"org2 pas ni xse ko bahas dgn nor derih dan suruh nor derih tarik balik kata2 dia yg oyt nik ajis ni berehi amik ayt quran sekerat2 dan serupo dgn kura....

berat wei pertuduhan nor derih ko nik ajis tu...dlm video tu sebutir2 dia sebut nama org2 hok terlibat dlm meeting tu"

-MU JANGE WAK PEKOK LA WEI ANOM! US.NIK AMAR AJOK DOH BERDEBAT NGA DIO TIME DIO DOK KUTUK TOK GURU DALE RUMOH X-YB MASO NGEPEN GALAS BARU NI (BERDEPAN LAGI, TAPI NOR DERIH TU TAK DOK KASYAF WOKALIH TIME TUH). KO MUNG HILE INGATAE DOH PASAL VIDEO TUH. JENIH ORE UMNO OTOK SSSSUMBAT BLAKO NIH!..KALU TOK INGAT MUNG CARI SMULA CLIP TUH DALE BLOG2 UMNO ADO RASONYO..

Anonymous said...

Aku respek mu Meli atas dasar mu nak hapus "pemberhalaan sesama manusia". Bagus, sangat bagus dan bila aku hayati tulisan2 mu nampaklah fokus ke arah itu.

Setiap pemahaman berdasarkan kepada tulisan. Ada yang faham dan ada yang kabur faham. Untuk menjelaskan sejelas2nya bahasa kena tepat, barulah maksud difahami. Itu pun berdasarkan dalil (fakta) yang sahih. Mu lebih tahu ini semua. Tetapi ada beberapa kelemahan pada dirimu menyebabkan keterangan mu jadi kabur faham.

Antaranya adalah ayat-ayat yang mu gunakan masih di tahap 70-an. Ayat-ayat begini sudah mula ditinggalkan terutama oleh generasi baru.

Selain itu dalil yang mu kemukakan nampak senget ke BN. Tidak tahulah kalau itu cara mu. Ini menyebabkan sangkaan orang yang mu adalah BN.

Kelemahan ketara ialah akal mu sangat pendek untuk menjelaskan keadaan politik yang dinamik sifatnya dan sentiasa kehadapan. Sedangkan hujahan mu masih di gelanggang yang sama.

Selain itu nampak sangat kedegilanmu pertahankan "zaman biso" mu. Mu anggap orang lain sebagai hingusan. Orang kampung yang seperti mu bolehlah tapi sekarang sudah muncul generasi baru. Walaupun kelemahan generasi baru ini lebih "nipis" sifatnya tetapi pengetahuan mereka lebih global.

Aku persilakan kalau mu nak komen tulisan ini. Sebab orang yang kuat semangatnya seperti mu sentiasa akan melawan.

butuk said...

macam ni lah perangai org pas yg di katakan nk perjuang islam. Emosional sangat. Kalu tak belaga angin marah selalu dia. Kata ko parti lwn barat2 takpa. Nk perjuang Islam ko mcm ni?? Melenting dan naik angin perkara biasa. Bawak bertenang. Orang yg beriman ialah orang yg mempunyai jiwa yg tenang. Kalau nak menulis, natakan fakta bukan emosi.

Ambo teringat apa yang dikata oleh pemimpin tinggi pas bila bcakap soal kerajaan perpaduan saranan TG Hj Hadi. 'Ambo perik dah duduk nga umno' katanya. Aikk??? macam tu ko alasan untuk menolak kerajaan perpaduan?? Ini alasan bersifat emosi jugak bukannya fakta. Baca Quran dan Hadis lah untuk tolak kerajaan perpaduan sesama Islam. Acu baca ayat mana. Ambo nak dengar!!!

Anonymous said...

John, siapa Nik Amar berbanding dengan Nor Deris. Nor Deris dulu ahli dewan ulama PAS dan layaklah bahas dengan Nik Aziz. Alim sangat ko nik Aziz sapa tak leh bahas dengan dia. Ko dia ni taraf wali. Masin mulut. Wali tak kata huduh dan hina orang. tak doa buruk-buruk untuk orang lain. tak angkuh dan hina sesama ulamak. Dia tu dulu taraf ustaz sekolah rakyat dan diangkat jadi tok guru dan Mursyidul Am konon serentak kemenangan Ayatullah Khomeini di Iran. Ngaji India amik ilmu mantik. Gi celup di Unversiti Azhar amik ilmu hadis. berapa rapa tok guru dia kalu nak banding dengan tok guru-tok guru pondok yang lain sebelum ni. Sebab tu petua pelek-pelek dia timbulkan. Koho panjang umur koho merapu. Moga Allah ampunkan dia dipenghujung waktu. Aminn

Anonymous said...

ore UMNO meme Babi CELAKA BELAKO

Anonymous said...

Anon November 30, 2010 7:24 PM adalah contoh manusia ahli syurga yang dijamin oleh Nik Aziz kerana dia ahli PAS. Betapa kuatnya tarbiyyah PAS kepaadanya. Menyumpah dan maki hamun disisi PAS tidak mengapa kerana dibenarkan oleh Tuan Gurunya.

Anonymous said...

Anon November 30, 2010 7:24 PM adalah contoh manusia muslim yang dibentuk oleh PAS. nak hairan apa kalau anak murid maki hamun sebab tok guru mursyidnya macam tu jugak. muga Allah mengampunkan dosa-dosa makluk yang seumpamanya.

joostspring said...

john ooo john..

memalukan betul la mu ni..

org kecek lain..mu kecek lain..

yg nik amar ajak nor derih debat tu masa nor derih tgh balah dgn nik ajis..yg nik ajis mu sapa tubik MU GILA..MU MAPUH DULU...

yg anom tu oyt pasal statement nor derih hok ni...dari minit 0 - 3.00

http://www.youtube.com/watch?v=az_WTbpGw0g&feature=related

"WAH HARAM MU WAH HALAL AKU"

mmg kena atah muka molek la ayt tu..

hahahhahahahahahaahaha.......

john said...

joots..oo joots..kalu dae buleh debat gak..masuk blako la gapo hok nor derih tok puah hati tu..bukan stakat 'mu haram umno haram umno mapuh ko'..buleh blako la...joots oo joobbb..

joostspring said...

xberani ko john nak nafikan wah nor derih oyt nik ajis amik paka ayt quran sekerat2...hahahahahahhahahah..

saksi ada ramai tu..

"pakat tak ngaku gak..kita tubik pade..kita pakat sumpah..."

hahahhahahahahaha..

antara slh stu ayt ajis dulu...

kena we AJIS KURO ko nor derih..

hahahahahahhaha

Zek said...

Anon Nov 30, 2010 7.24PM:

Inikah pesepsi mu terhadap orang UMNO yang diajar oleh Tok guru mu?

Mudah-mudah mu sempat bertaubat sebelum meninggal dunia. Amin!