Sunday, December 5, 2010

MUNCUL KEMBALI (896)

Tidak mustahil Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan jadi musuh baru Pas

RAMAI di kalangan cendekiawan Islam sebelum ini termasuk mufti dilabel sebagai menjadi alat dan diperalatkan oleh Umno/BN oleh alim ulamak parti Pas kerana tindak tanduk mereka tidak memberi laba kepada parti berkenaan.


Saya yakin kali ini akan tiba giliran bagi Jawatankuasa Majis Fatwa Kebangsaan akan menerima pelabelan yang serupa kerana sebab, kerana, faktor yang asas yang sama, yakni tidak melabelkan Pas khususnya dan Pakatan Rakyat (PR) amnya yang mana Pas adalah antara anggota PR.

Ini berikutan keputsan sebulat suaran jawatankuasa berkenaan mahu perbuatan orang orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-sewenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Mungkin Pas menganggap kesediaan penceramah-penceramah bukan Islam membaca petikan al-Quran atau Hadis adalah kejayaannya sebagai parti politik yang kononnya berteraskan Islam sehingga pendekatannya diteladani.

Demikian juga apabila ada wakil rakyat bukan Islam memberi kuliah di surau dan penyampaian sumbangan kepada golongan miskin hasil wang judi secara terbuka, juga bukti kejayaan dakwah Pas.

Tidak mustahil Jawatankuasa Majis Fatwa Kebangsaan dianggap jahil apabila melarang bukan Islam membaca dan membuat huraian teks al-Quran kerana ianya tidak dilarang oleh Islam.

Memang benar, orang bukan Islam tidak dilarang membaca al-Quran sebagaimana kita umat Islam tidak dilarang membaca Taurat, Zabur, Injil, kitab Hindu, kitab Buddha dan sebagainya bagi menggali intpatinya.

Tetapi membaca al-Quran dengan maksud untuk mengetahui tentang kebaikan Islam dan seterusnya beriman dengan al-Quran memnag digalakkan manakala kita umat Islam dilarang membaca Taurat, Zabur, Injil, kitab Hindu, kitab Buddha dan lain-lain kalau kerananya boleh membawa kita kepada berpaling dari Islam.

Membaca dan membuat hurian al-Quran dengan tujuan kepentingan parti politik tetapi si pembaca dan penghurainya terus kekal dalam kekafiran ianya tidak digalakkan dan ia lebih bersifat mempermain dan mempersendakan ayat-ayat al-Quran.

Orang Islam sendiri dilarang mempermain dan mempersendakan ayat-ayat al-Quran.

Terjemahan al-Quran yang ada di pasaran juga bukan semuanya diterjemah dengan niat baik dan yang memulakan terjemahan yang sebelunya ditakuti oleh alim ulamak kerana bimbang akan hilang keberkatan adalah oleh orang bukan Islam bernama Robert of Ketton bagi keperluan biara Clugny.

Kerja itu dilakukan pada tahun 1135 Masehi dan selesai pada tahun 1143. Terjemahan dibuat ke dalam bahasa Latin dan duterbitkan pada tahun 1543.

Berdasarkan kepada terjemahan Robert of Ketton, para sarjana barat telah menterjemahkan al-Quran ke dalam pelbagai bahasa seperti Jerman (1616), Peranchis (1647), Russia (1776), Bahasa Inggeris (1649), Urdu (1912), Bahasa Melayu Indonesia (1928).

Benua Afrika yang merupakan benua terbesar dunia dengan keluasan 11,677,240 batu persegi paling akhir menerima terjemahan al-Quran dan paling awal terjemahan dibuat dalam bahasa Swahili (1953), Hausa (1975), Yoruba (1976). Al-Quran juga diterjemahkan ke dalam bahasa Afrika yang lain yakni Fulfulde, Wolol dan Luganda tetapi tidak diketemukan tarikhnya.

Ada terjemahan yang tidak boleh dipakai seperti terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh A. Ross yang mula diterbitkan pada tahun 1647 dan terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh George Sakle yang diterbitkan pada tahun 1734.

Ini adalah kerana terjemahan kedua-duanya didasarkan kepada terjemahan Ludovici Maracci dalam bahasa Latin yang mana terjemahannya bertujuan memburuk-burukkan Islam. Demikian juga dengan terjemahan JM Rodwell.

Terjemahan dalam bahasa Yoruba dan melibatkan Ghulam Ahmad Al-Qadyani ((Ahmadiyyah) juga tidak boleh dipakai kerana Ahmahdiayyah adalah terdiri kalangan orang kafir yang keluar daei Islam.

Mereka memperlakukan kenabian Ghulam Ahmad Al-Qadyani walhal Allah telah menegaskan sudah tiada nabi dan rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, sebelum terpedaya dengan terjemahan al-Quran oleh mana-mana tokoh, pastikan dulu terjemahan berdasarkan kepada kitab terjemahan oleh sarjana mana.

7 comments:

john said...

Salam..

tok ser komen gapo2..nok suruh bang li komen hok ni jah..bang li ni napok macam ahlil nujum dok pulok akibat dendam yang terlampau...

"Mufti Perlis: Majlis Fatwa perlu objektif bincang isu bukan Islam petik al-Quran
December 06, 2010KUALA LUMPUR, 6 Dis — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan “kurang bijak”, malah kelihatan tergesa-gesa dalam membincangkan isu bukan Islam memetik ayat-ayat al-Quran sebagaimana disaksikan ketika kongres PKR baru-baru ini.

Tokoh agama itu berkata terdapat banyak isu agama yang memerlukan tindakan segera dan menyeluruh agensi-agensi agama dan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Saya tidak hadir mesyuarat Fatwa Kebangsaan yang bincangkan isu bukan Islam membacakan ayat-ayat al-Quran. Saya kurang bersetuju keputusan mesyuarat itu yang kurang bijak dan memilih-milih dalam membincangkan isu berkaitan Islam.

“Isu ini amat remeh untuk dibincangkan dengan tergesa-gesa dengan belanja wang yang banyak,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Kata beliau, terdapat banyak isu lain yang wajar disegerakan, tetapi majlis tersebut tidak mengambil tindakan segera untuk menangani perkara-perkara terbabit.

“Ini akan menjejaskan kredibiliti Majlis Fatwa,” kata beliau yang turut menganggap bahawa keputusan majlis itu malam Jumaat lalu tidak harus dianggap sebagai pendirian “sebulat suara” kerana ada mufti yang tidak dapat hadir.

“Majlis Fatwa sepatutnya membincangkan semua isu yang dibangkitkan oleh umat seperti ada yang hingga timbul demonstrasi umat seperti isu (Festival Fesyen Islam) IFF yang menayangkan nama Nabi Muhammad s.a.w. pada dada pakaian peragawatinya.

“Keputusan halang bukan Islam membaca al-Quran ini akan mewujudkan polarisasi yang besar antara agama di Malaysia dan akan menambah lagi kekeliruan terhadap Islam.

“(Malah) ini akan menjauhkan lagi mereka daripada orang Islam,” kata beliau sambil menambah jawatankuasa tersebut sewajarnya bersikap objektif dan tidak berpihak dalam semua isu membabitkan umat Islam agar ia dihormati."

p/s: bukan sumber dari pas deh!

melikapakjangak said...

JAWAPAN SAYA DAH ADA DALAM POSTING. NAMPAK SAUDARA TIDAK MEMBACA KESELURUHAN, KALAU BACA PUN SAUDARA TIDAK UBA UNTUK MEMAHAMINYA.

SAYA PERTURUNKAN APA YANG SAYA KATA JAWAPAN ITU SEBAGAIMANA BERIKUT;

Memang benar, orang bukan Islam tidak dilarang membaca al-Quran sebagaimana kita umat Islam tidak dilarang membaca Taurat, Zabur, Injil, kitab Hindu, kitab Buddha dan sebagainya bagi menggali intpatinya.

Tetapi membaca al-Quran dengan maksud untuk mengetahui tentang kebaikan Islam dan seterusnya beriman dengan al-Quran memnag digalakkan manakala kita umat Islam dilarang membaca Taurat, Zabur, Injil, kitab Hindu, kitab Buddha dan lain-lain kalau kerananya boleh membawa kita kepada berpaling dari Islam.

Membaca dan membuat hurian al-Quran dengan tujuan kepentingan parti politik tetapi si pembaca dan penghurainya terus kekal dalam kekafiran ianya tidak digalakkan dan ia lebih bersifat mempermain dan mempersendakan ayat-ayat al-Quran.

Orang Islam sendiri dilarang mempermain dan mempersendakan ayat-ayat al-Quran.

john said...

Timo kasih kerana respon..ambo dah baca keseluruhannya wahai bang li..tapi nak bagitahunya betapa bang li cuba nak memperburukkan pas dengan keputusan majlis fatwa. Bang li cuba menjadi nujum kononnya itulah pandangan pas sedangkan tiada apa2 komen daripada pihak yang dituduh. Agak-agaklah bang li kalau nak menanamkan kebencianpun. Ambo percaya kalau komen Dr. Juanda itu adalah suara pas maka dengan gumbiranya bang li berpuas hati kerana ramalan nujum bang li adalah benar. Oleh itu amatlah malang bagi seseorang yang bergelar ahli politik bukan islam kerana jika mereka mengambil kata2 hikmah dari Al-Quran mereka dikatakan menghina Quran? kepentingan politik? walaupun ayat2 yang menerangkan keburukan rasuah/riba dari Quran?....

joostspring said...

John...

tu dari mufti perlis..

kikikikikiki......

Dari MUFTI KELATE sndri lagu mana...

kahakhakahkahakhakhakhakhakahk......

Anonymous said...

Bila masa PAS rujuk apa-apa kepada mufti dan bekas mufti. Sedangkan mereka ini dianggap ulamak terompah kayu/ulamak haid dan nifas aje. Bila ada kepentingan saham untuknya baru je dirujuk. Pandangan majoriti mufti yang tidak menyebelehi puak mereka dotolak dan dihina. yang betulnya hanya Nik Aziz. seorang Wali pada anggapan mereka. Begitulah jahat dan dhaifnya pemimpin dan pengikut PAS yang jelas berfahaman asobiyyah yang dikutuk agama.

john said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Fatwa dedah aurat para isteri pembesar melayu & perempuan seleberiti melayu macam mana oiiii???