Pelajar IPT melacur mengaibkan
WALAUPUN barangkali kes pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) melacur hanya umpama nila setitik rosak susu sebelanga dan seekor kerbau membawa limpur sekawan kerbau ikut terpalit sama, namun usaha-usaha pembendungan dan pembersihan IPT dari pelajar yang tidak bermoral dan rosak akhlak patut dibanteras tanpa kompromi.
Iannya tidak boleh dianggap sebagai kes terpencil walaupun ianya barangkali hanya seorang sahaya yang terlibat dalam sejuta pelajar, sebaliknya ia patut dilihat sebagai suatu wabak yang sama bahayanya dengan wabak denggi, selsema burung, HIV dan pelbagai penyakit kronik yang lain di samping wabak salah guna dadah yang memerlukan keseriusan bagi langkah-langkah pembendungan dan pembanterasannya.
Kalau saya sebagai antara pelajar IPT, saya rasa saya tidak akan berani lagi mempamerkan kad mahasiswa atau apa-apa dokumen sebagai pelajar IPT sama ada dalam perjalanan pergi ke bilik kuliah dari rumah sewa atau semasa balik dari kuliah ekoran dari kes pelajar IPT melacur tersiar di media cetak dan elektronik.
Gara-gara perlakuan segelintir pelajar yang tidak bermoral, rosak akhlak dan barangkali tidak ada didikan agama, secara tidak langsung boleh menyebabkan pelajar lain akan menjadi sasaran lelaki serakah menggoda dan meminta khidmat pelacuran dan persundalan, malah ianya juga boleh menimbulkan persepsi liar masyarakat sekampung terhadap para pelajar IPT dari kampung masing-masing.
Kepada saya, gara-gara perlakuan yang membelakangi larangan agama, rosak moral dan punah akhlak walau berfaktor dan bersumberkan alasan apa sekali pun oleh pelaku di kalangan pelajar IPT, ianya akan menjejaskan nama baik IPT dan mencalar-balarkan standard kecendekiawanan lepasan IPT.
Mahu tidak mahu masyarakat akan melihat lepasan IPT sebagai ilmuan yang jahil dalam bidang keagamaan, rosak moral dan rosak akhlak yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada penyakit sosial kerana tidak mustahil kerja melacur akan terus dilakukan semasa menganggur selepas tamat pengajian atau pun tidak mustahil nanti wujudnya industri pelacur dan perempuan sundal cendekiawan di negara ini.
Seandainya benarlah kerana mahu hidup mewah maka para pelajar IPT melacur, maka tidak mustahil selepas tamat pengajian kerja itu akan diteruska kerana pastinya perolehan sebagai pelacur akan lebih tinggi berbanding dengan gaji yang diperolehi dari pekerjaan yang dimiliki berdasarkan diploma dan ijazah yang dimiliki.
Justeru masalah pelajar IPT melacur kena ditangani dengan serius dan segera sebelum nasi menjadi bubur, sebelum darata menjadi lautan. Pembendungan dan pembanterasan pelacur pelajar IPT menjadi fardu kifayah kepada para pelajar, tenaga pengajar, pihak pengurusan setiap UPT, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaandan seluru umat Islam di negara ini seandainya yang terlibat adalah pelajar perempuan.
Hukuman hudud barangkali perlu dilaksanakan dengan mengenakan rotan 100 kali bagi wanita dan lelaki yang belum berkahwin dan ditanam di persimpangan jalan pada aras pusat dan disediakan longgokan batu untuk orang ramai merejam sampai mati bagi pelaku yang sudah berkahwin. Jangan anggapa hukum yang Allah dan Rasil-Nya tetapkan kejam kerana Islam adalah agama yang adil dan saksama.
Wednesday, December 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Bang li, bang li pernah tak dengar ada wanita di jab. perdana menteri mengulas pasal hudud potong tangan?..dia kata "kalau di potong tangan kanan, nanti dia mencuri tangan kiri pula, lepas tu mencuri lagi nak potong apa pula? potong mulut???..dan seterusnya.".ni link dia kalau bang li nak tengok..(http://www.youtube.com/watch?v=db-qmnTqSRs)..
Satu lagi yang orang dok pertikai dengan wanita ni pernah mengeluarkan pendapat sekiranya keadaan terdesak bagi wanita melacurpun boleh????!!!(harian metro) Wanita ini juga berbalah sampai masuk mahkamah dengan jiran berebut tanah!!..tapi oleh kerana ada sedikit ilmu agama dan rupa yang menarik agaknya dan paling penting ahlil..... ..buleh le jadi Menteri.....
p/s: wo kali dok dengar pendapat hok lagu nih ore berani wak maksiat nih..kalu tok alim politik bunyi nyo kato untuk politik...dunniya...dunniyya!
Post a Comment