Kalau angkuh bukan pemimpin namanya
SEBAGAI pemimpin agung manusia sejagat, Rasulullah s.a.w. sebagai penghulu bagi segala anbia setra para anbia tidak pernah menyombong, apatah lagi angkuh, riak dan takbur kerana kedudukan masing-masing yang telah sah lagi sohih sebagai ahli syurga atas kapasiti sebagai Pesuruh Allah.
Oleh itu tidak ada sebab untuk para pemimpin sama ada pemimpin besar atau kecil, dalam konteks negara kita, tidak ada sebab untuk sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang angkuh, sombong, bongkak dan riak dengan status masing-masing.
Apatah lagi dalam amalan demokrasi. Yang menjadikan seseorang itu pemimpin adalah pengangkat mereka yakni rakyat melalui kuasa undi dalam pilihanraya. Ertinya yang berbudi adalah rakyat manakala yang menerima budi adalah para pemimpin.
Antara pemberi budi dengan penerima budi, siapa yang patut meninggi diri dan siapa pula yang kena merendah diri? Siapa yang patut tangannya dicium, yang kena dihormati dan dimuliakan serta diraikan?
Kalau diibaratkan dalam industri pemanjatan kelapa menggunakan beruk, dalam amalan demokrasi antara rakyat dengan pemimpin, siapa beruk dan siapa tuan?. Bagi saya, yang beruknya adalah pemimpin yang menerima mandat rakyat manakala rakyat sebagai pemberi mandat adalah tuan.
Kalau beruk tunjuk bengkeng atau sombong, bongkak, angkuh dan riak dengan tuan, maka tuan berhak untuk kerjakan beruk, termasuk selam dalam air atau dibaham kepala beruk dengan belakang parang atau ditikam mampu dengan sar. Dalam konteks demokrasi, rakyat boleh nyahkan pemimpin angkuh melalui kuasa undi.
Selain dari kena teladani Rasulullah s.a.w., para pemimpin juga kena sentiasa muhasabah dan sedar diri bahawa macam mana mereka boleh jadi pemimpin dan untuk siapa mereka jadi pemimpin. Kalau kerana rakyat mereka menjadi pemimpin dan mereka menjadi pemimpin untuk memimpin rakyat, maka mereka tidak boleh angkuh dan sombong.
Saya yakin mana-mana pemimpin yang sombong, angkih riak dan sombong adalah merupakan pemimpin yang berada dibawah pengaruh syaitan dan iblis dan tidak mampu memberi perkhidamatan kepimpinan yang berkualiti dan patut dinyah keluar dari barisan kepimpinan sama ada kepimpinan kerajaan atau negeri walaupun sehebat mana pun pengaruhnya.
Melihat kepada keangkuhan sesetengah pemimpin Melayu sendiri yang sanggup mempertikaikan hak Melayu sehingga beberapa sultan dan raja melahirkan rasa bimbang dengan fenomena mempertikaikan hak Melayu menunjukkan bahawa rakyat selaku pemegaang mandat kena bersedia untuk menguburkan keangkuhan para pemimpin berkaitan pada pilihanraya umum nanti.
Saya yakin, seluruh rakyat, malah barisan pemimpin sedar bahawa rakyat negara ini cukp pengalaman dan ilmu dalam menilai pemimpin mana yang angkuh dan sombong dengan retoriksme dan pemimpin mana pula yang mempunyai nilai kepemimpinan sejati untuk diberi mandat mencorakkan kepimpinan negara.
Mereka yang bernama pemimpin yang cuba mempamerkan keangkuhan bermakna mereka sengaja mengali lubang untuk menguburkan diri sendiri dalam merai simpati dan sokongan majoriti rakyat. Kalau ada pun yang menyokong barangkali rakyat yang sangapu diperberukkan oleh pemimpin.
Wednesday, December 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam buat tuan....
Pemimpin yang sebenar adalah khadam bagi rakyatnya.Yang akan memberi setiap khidmat hasil dari mencalonkan diri kearah perjawatan tersebut. Kerana itu orang dulu-dulu sentiasa melarikan diri dari tanggungjawab yang besar sebagai pemimpin kecuali didesak dan dilantik bukan mencalon diri sebagai pemimpin untuk sesuatu ganjaran.Mereka akan merasa senang jika ditegur rakyat jelata sebagaimana Umar R.A. berkata "Aku berasa senang kerana ada diantara kamu yang sanggup memperbetulkan Umar dengan mata pedang ". Tapi lihatlah perangainya yang bengkeng itu dapat di tundukkan bila menjadi seorang pemimpin yang sering menangis hinggakan ternampak lurah airmatanya diantara pipinya.Kezuhudan Umar tiada pernah terserlah hinggakan ternyata di ada apa yang diwarisi sebagai sebuah istana sebagaimana sangkaan orang ROM dan Parsi. Kekayaan yang sebenar adalah hati yang cukup bersyukur yang memadai dengan apa yang ada...dan tak pernah meminta-minta dan minta disanjung dengan pangkat mau pun darjat...walahaualam.
Post a Comment