Thursday, December 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (909)

Yang busuk tengah orang ramai bukan kentut Ariffahmi

KETIKA masih membelek lembaran akhbar harian awal pagi, saya terima panggilan telefon dengan yang memanggilkan membahasakan saya dengan Abe Li. Dia tanya cam ke siapa yang bercakap, saya kata tak berapa cerat.

Rupanya yang call saya itu Ariffahmi, menantu TGNA. Sebaik sahaja saya ketahui yang call saya adalah Ariffahmi, saya ucap tahniah kerana terbukti beliau bersih dari tuduhan mengamalkan rasuah. Bagi saya Ariffahmi telah menjadi mangsa keadaan semata- oleh mata kerana beliau menantu TGNA.

Gara-gara keghairahan orang Pas menyerang Khairy Jamaluddin kerana anak muda itu adalah menantu perdana menteri (menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi), maka sebagai imbalannya, Ariffahami sebagai menantu TGNA diserang.

Cuma yang peliknya Khairy diserang Pas dan parti-parti sekomponen dalam Pakatan Rakyat (PR) tetapi Ariffahmi diserang dari dalam Pas sendiri. Beliau dimalukan seolah-olah bau busuk di tengah ramai adalah kentutnya.

Tetapi yang benar tetap benar. Terbukti beliau bersih. Yang membersihkan namanya bukan beliau, bukan bini beliau, bukan mertua beliau atau ipar duai beliau tetapi SPRM sendiri. Ertinya memang sah beliau bersih dari amalan mungkar yang dituduh ke atas batu jemalanya.

Hakikat dan natijahnya, bau busuk di tengah ramai bukan kentut Ariffahami tetapi bau busuk mulut dan perut orang yang membuat tuduhan, yang mendesak beliau meletak jawatan. Siapa orangnya dan puak mana yang terlibat, tepuk dahi tanya sama hati.

Saya yakin selepas mampu tabah dalam menghadapi ujian yang amat mengaibkannya, Ariffahami yang bertuah kerana di belakangnya ada isteri yang pastinya sentiasa menadah tangan memhon agar Allah buktikan yang benar tetap benar, akan mempunyai laluan yang lebih mudah untuk tersenarai sebagai barisan pemimpin pelapis yang berwibawa dan bereputasi tinggi.

Yang Ariffahami sendiri kena yakin bahawa kalau beliau bukan individu yang berpotensi, beliau tidak akan menjadi mangsa fitnah yang matlamat utama adalah bagi menyekat kebangkitannya. Ujian yang dihadapi adalah bagi mematangkannya, termasuk dalam mengenali antara kawan dan gunting dalam lipatan.

5 comments:

Anonymous said...

Yang menonyenyo orang Pas sendiri, kes hidup kentetut sendiri, yang sebelmnya kata kentut ariffahami. Kemah demo Arif, kawe akan julang demo, itu pun kalu Pas bene lagi di Kelantan. Kalu dok dalam keadaan lloni, beraso paoh nak kekalkan kemenanan.

Kawe tabik dengan bin demo Arif, setia yang tidak berbelah bahagi. Tak serupa bini Abe Li, tok dan apa-apa lari tinggal anak dan tok llaki, kes taksub bedo'oh ko parti. Jenis bekakah tua tak sedar diri.

Bunyi dengar gu dok cerita, lloni dok gelenyar berarak dengan kereta Savy milik jate mano. Rendah sangat moral bini Abe Li. Kalu orang lain jadi Abe Li, tuan kereta Savy tu pecah muok kena gocoh mugo Tok Ngulu Kak Lah tu bini dia lagi.

Abe Li pelik sikit, oghe nak tulung gi katok paasar borong nun pun dia tok buwi. Nak kato dia penakut, jaman mudo dulu tokleh lepo gocoh ore guna buku lima sokmo. Dulu geng dia yang dikenali dngan Geng Musa Misai Merah bersohor dalam kes gocoh, kata orang dan woklari anak dara orang.

Takut nyo buat feel lama huru-hara. Bokali kes ado anak dan cucu dia jadi sabar telajok. Kalu ambo soh ambo tetak kalu pun tak andas dengan belakang kapak.

Anonymous said...

De,o nok bande bini Ariffahami dengan bini Meli berat la. Bini Ariffahami anak tok guru, orang mengaji universiti. Bibi Meli begapo?

Ore ada ilmu mudah nak kabe, jenih hok takdok ilmu payoh bbaso. Mudoh makan pong, mudoh lokoh break. Mudo tok kaba kediri. Demngan tpk llaki nyo buat mian-main. Dia tok tau, derako ko tok llaki, boktan tok llaki kecik hati hati, tak bbau syurgo seseore bini.

Wak Long Jr said...

Kawe pun ada bace juga dalam surat kobar tentang kes rasuah Tok Guru tu. Setakat hok kawe paham pihak SPRM kata kes siasatan yang berkaitan Tok Guru disponsor naik haji dan kes lantik menantu iaitu Ariffahmi jadi CEO PMBK telah selesai dan tidak ada pendakwaan akan dibuat.

Pihak SPRM tidak ada royak apa-apa tentang kes siasatan berkaitan Ariffahmi. Tidak timbul samada Tok Guru atau Ariffahmi itu bersih dari amalan rasuah atau tidak. Kalau bersih biar betul-betul nampak bersih. Jangan kita kata bersih tapi masih ada baun semacam je. Betul tak hak apa yang kawe kata ni, abe Li???

Anonymous said...

pado kawe la....memang la Melah tu ngaji sekoloh x berapo jadi.kalu nok banding denga bini Arifahmi tu..gak sejaroh dio dulu pun kito semo tau kan dari S46.
Tapi Abe Li kan tok laki dio ...bakpo Abe Li dio lagu tu nyo, ambo raso sebab x dok sekatan lasung dari A.Li ,sebab tu dio jadi galok lagu tu...Ore tino ni jange wi bebas terlajok w/pun status Tok Ngulu. biar ado batas batas. DUN lain pun ado jugok Tok Ngulu tino., tak dok masaloh pun.Jadi nasihat ambo A.Li jange dok salohkan pado Parti Pas & peminpin pasal x wi tarbiyah. A.Li keno cek diri ( muhasaboh diri sendiri). Memangla perangai melah sediri pun bukanyo comel.Kalu ambo lamo doh cari hok lain. tok nati dan lagu ni wak nyekso tubuh badan.

Anonymous said...

pado kawe la....memang la Melah tu ngaji sekoloh x berapo jadi.kalu nok banding denga bini Arifahmi tu..gak sejaroh dio dulu pun kito semo tau kan dari S46.
Tapi Abe Li kan tok laki dio ...bakpo Abe Li lepas bebas dio lagu tu nyo, ambo raso sebab x dok sekatan lasung dari A.Li ,sebab tu dio jadi galok lagu tu...Ore tino ni jange wi bebas terlajok w/pun status Tok Ngulu. biar ado batas batas. DUN lain pun ado jugok Tok Ngulu tino., tak dok masaloh pun.Jadi nasihat ambo A.Li jange dok salohkan pado Parti Pas & peminpin pasal x wi tarbiyah. A.Li keno cek diri ( muhasaboh diri sendiri). Memangla perangai melah sediri pun bukanyo comel.Kalu ambo lamo doh cari hok lain. tok nati dan lagu ni wak nyekso tubuh badan.