Basmi kemiskinan kena diusahakan secara berkesinambungan
PELBAGAI agenda kerajaan telah digerakkan trutamanya untuk menawarkan pelbagai bidang latihan dan kemahiran yang bersesuaian bagi meningkatkan pendapatan.
Itu kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang katanya golongan miskin perlu menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan.
Paling utama adalah dalam bidang pelajaran untuk mencari jalan keluar dari kepompong kemiskinan.
Tanpa pelajaran dan ilmu, tidak mudah untuk seseorang, sesebuah kelaurga atau sesbuah masyarakat memerdekakan diri dari belenggu kemiskinan.
Tugas pemerintah adalah berusaha dengan menyediakan pelbagai program dan keperluan bagi membasmi kemiskinan, terutama kemiskinan tegar.
Usaha kerajaan pula tidak akan ke mana kalau tidak mendapat kerjasama, khususnya dari kalangan yang tergolong sebagai miskin dan miskin tegar.
Apa pun usaha, perancangan, program, pelan, rangka dan kerangka membasmi kemiskinan akan hanya berjaya jika kumpulan sasaran sendiri ada usaha ke arah itu.
Tidak patut wujud golongan yang merasakan lebih baik brada dalam kemiskinan tegar sepanjang masa krana akan berpeluang mendapat bantuan kerajaan.
Kewujudan golongan sedemikian boleh menyebabkan apa jua usaha kerajaan bagi membebaskan golongan berkenaan dari belenggu dan rantai kemiskninan akan terbantut.
Walaupun kerajaan prihatin terhadap kepeningan golongan miskin, malah rakyat menerima pelbagai bentuk subsidi tetapi kumpulan sasaran tidak patut jadi malas.
Harus diingat bahawa keprihatinan kerajaan semata-mata tidak dapat merubah hidup golongan miskin kalau mereka sendiri tidak bersedia untuk berubah.
Hakikat dan natijahnya, kerajaan sendiri sukar untuk statistikkan mereka yang terkategori sebagai bilangan yang tergolong dalam bilangan miskin tegar.
Hari ini bilangannya mungkin berkurangan atau sifat, mungkin esok ada satu dua yang masuk senarai disbabkan uzur, hilang pekerjaan dan sebagainya.
Yang pasti dan tidak boleh dinafikan faktanya ialah program membasmi kemisknan yang dilaksanakan di negara ini tlah mencapai kejayaan.
Malah pencapaian kejayaan boleh diangap luar biasa dan boleh dilihat menerusi laporan terakhir yang diterima dalam Transformasi Kerajaan.
Usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan dalam membasmi kemiskinan membantu menjayakannya.
Ianya merupakan proses pembangunan yang dapat memastikan setiap rakyat dapat menkmati bahagian yang adil daripada pengagihan kekayaan negara.
Pastinya kerajaan yang sanggup menampung kos subsidi yan bukan sedikit jumlahnya dmi keprihatinan tehadap nasib rakyat akan melakukan usaha berterusan.
Pembamian kemiskinan, lebih-lebih lagi kemiskinan tegar akan ttapr berkesinambungan selagi masih ada golongan memerlukan bantuan dan sokongan.
Kemiskinan barangkali seperkara yang mustahil unuk dihapuskan krana tanpa golongan miskin tidak akan ada yang kaya.
Ini adalah kerana yang miskin akan bekerja dengan orang yang akan bertambah kekayaannya.
Di mana-mana negara pun akan ada golongan miskin kerana ianya menjadi suatu keperluan untuk tersenarai sebagai penerima zakat.
Di samping itu golonan miskin kena menjadi penyumbang dalam bentuk tenaga dan fikiran atas nama pekerja kepada orang kaya.
Yang kena dibami adalah golongan miskin tegar, golongan mikin yang tidak ada kemampuan dari sudut mental dan fizikal untuk brdikari.
Usaha ke arah itu kena berkesinambngan kerana kewujudannya tidak menentu dan statik kerana ia bergantung kepada keuzuran atau kehilangan pekejaan seseorang.
Memberi bantuan, termasuk subsidi dalam bentuk ‘memberi ikan’ tidak akan bekesan kepada usaha dan program pembasmian kemiskinan.
Sebaliknya mereka patut dibantu dalam bentuk pemberian pancing, pukat dan kelengkapan bagi mendapatkan ikan, bukanya disumbang ikan yang dah sedia dimasak.
Antara bentuk bantuan yang boleh diberikan supaya akhirnya yang dibantu mampu berdikari adalah dengan mengkomersialkan kemahiran yang dimiliki dan minat.
Mereka bukan sahaja perlu diberi modal kerja tetapi juga kena diberi bimbingan dan taktik dan teknik mendapatkan pasaran tempatan dan global.
Saturday, December 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment