19 projek baru EPT, 35 ribu peluang pekerajaan dan keyakinan pelabur
SEKURANG-KURANGnya dua laporan akhbar ini bagi edisi Rabu 12 Januari 2011 menarik perhatian penulis. Pertama tentang projek baru Program Tranformasi Ekonomi (ETP) serta 35,000 peluang pekerjaan dan keyakinan pelabur baru semakin tinggi.
Keudua-dua laporan berkenaan membuktikan keunggulan kerajaan yang sedia ada dan tidak patut ditolak oleh rakyat negara ini yang waras, rasional dan profesional untuk digantikan dengan rektoriksme 'Pelan 100 Hari' pihak pembangkang yang aneh dan tidak munasabah.
Kesembilan-sembilan belas projek yang melibatkan pembiayaan hampir RM67,000 juta (RM65 bilion itu) selain dari akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan baru itu juga akan akan menjana Pendapatan Kasar negara (GNI) sebanyak RM36,000 juta (RM36 bulion) lagi.
Sebagaimana 'Pelan 100 Hari' penuh khayalan pembangkang, 19 lagi projek baru EPT juga diumumkan setelah EPT berusia hampir seratus hari dan merupakan tambahan kepada 18 projek pemula yang berkaitan dengan EPT yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober, 2010.
Walaupun tempoh masa antara 'Pelan 100 Hari' mimpi siang hari pembangkang dengan pengumuman 19 lagi projek baru EPT tempohnya hampir sama, tetapi kedua-duanya sangat berbeza. Yang pembangkang punya penuh dengan khayalan manakala yang kerajaan terajuan Datu Seri Najib punya pula, berpasakkan hakikat dan realiti.
Yang jelas, EPT telah menjadi antara faktor yang meyakinkan pelabur terhadap sektor perniagaan di negara ini yang semakin tinggi. Ini dapat dibuktikan apabila prestasi Bursa Saham Kuala Lumpur telah menggapai tahap penutup tertinggi, yakni 1,572.21 mata pada 7 Januari yang baru lepas. Kejayaan meyakinkan pelabur adalah suatu kejayaan kepada pemerintahan negara dan penerajuan kerajaan.
Para pelabur tidak akan mengambil risiko untuk menanggung rugi dalam membuat pelaburan sehandainya ekonomi di negara bagi negara yang ingin dibuat pelaburan tidak meyakinkan atau tidak stabil.
Apabila pelabur berani melabur bermakna mereka yakin mereka akan dapat untung dari kestabilan negara dan kerancankkan pencapaian serta perkembangan ekonomi i negara yang dibuat pelaburan.
Penulis yakin, berdasarkan perkembangan dan keadaan semasa, matlamat supaya EPT menerajui pembangunan ekonomi negara, sekali gus mencapai taraf pendapatan tinggi dengan pendapatan perseorangan sebanyak RM48,000 (AS$15,000) dan menjana lebih 3.3 juta pekerajaan baru di seluruh negara akan kesampaian dan dapat direalitikan.
Justeru tidak ada sebab untuk rakyat negara ini yang waras, rasional dan profesional menolak kerajaan yang sedia ada dan menggantikannya dengan kerajaan baru yang kini adalah pembangkang, termasuk kerana terpengaruh dengan 'Pelan 100 PR' yang tidak akan jauh bezanya dengan projek 16/9 yang diideakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam keadaan kerajaan sedia ada semakin menampakkan kehebatan dan keunggulan sebagai sebuah kerajaan yang banyak sempurna dari cacat celanya, dengan dalam masa yang sama pihak pembangkang pula sentiasa memperisukan perkara, suasana dan dan keadaan yang tidak meyakinkan rakyat terbanyak, maka pada penulis impian pembangkang untuk bertukar kerusi dengan kerajaan yang memerintah sekarang apabila keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan, akan menjadi amat mustahil untuk direalitikan.
Sebarang syarahan penuh tohmahan dan persepsi liar pihak pembangkang akan menjadi umpama anjing menyalak bukit yang bukan sahaja bukit tidak akan runtuh tetapi serpihan batu sebesar tahi mata pun tidak akan berganjak dari tempat ianya berada sedari asal kerana salakan.
Apabila pelabur yakin dengan ekonomi negara, maka dengan sendiri pihak pembangkang telah gagal dalam misi untuk nyahkan kerajaan dari kedudukannya, sebaliknya rekod dan prestasi serta reputasi pembangkang akan rosak teruk dan hanya akan dianggap sempurna oleh kalangan yang terlalu taksub, jumud serta berotak dan berfikiran kementut sahaja.
Tidak ada benda dan perkara yang lebih penting bagi mensejahterakan rakyat dan menstabilkan negara selain dari kena dipastikan kestabilan politik yang mana kekukuhan ekonomi akan memastika segalanya menjadi stabil dan mudah untuk distabilkan, termasuk politik, keselamatan, ketenteraman awam dan sebagainya.
Negara dan kerajaan akan lemah jika ekonomi tidak stabil, sekali gus tidak akan ada pelabur yang sanggup mengambil risiko membuat pelaburan.
Tuesday, January 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
aleh2 najib pun buat cerita 100 hari jugak.... (copy ideas)
apa bezanya antara... ETP Vs Pelan 100 Hari tuuuuuuu .... sampai termuntah segala kebimbangan jib, meli, utusan msia, dll kepada Buku Pelan 100 Hari PR yang nipis tuu...??
perlukah najib bertaraf PM (yang berkuasa penuh melakukan apa saja perubahan jika mau).. mencemuh sebuah buku kecil harapan rakyat tuu?
tak perlu risau najib, engko ada kuasa, ada duit, apa takut?
hehehehe...... buang tabiat nampak.. dah hampir ke?
Pelan 100 hari akan senasib dengan Pelan 16 September yang dicanang seluruh dunia itu. banyak janji-janji PR yang tinggal janji di negeri-negeri yang diperintah mereka. tak payah lah buat janji baru. senang sahaja tindakan kita. Sembelih PR dalam Pilihan raya ke 13 nanti. Saya menyesal untuk PR dalam pilihanraya lepas dan Insya'Allah dalam pilihanraya akan datang akan ditebus balik kesilapan nan lalu. Selamat tinggal PR. Makanlah selahap-lahapnya janji palsu yang dihidangkan itu.
sembelih lanun2 PKFZ, MAS, Felda, GLC, dll dalam UBN yang kaya raya dok hisap darah rakyat tu lagi BAIK! ..... kadar rasuah, kadar jenayah, kadar tol, dsb mungkin turun dan kebajikan rakyat terjamin.
Berapa puluh ribu rakyat kebulur kerana berada dibawah pemerintahan sekarang?
jugak berapa ramai rakyat kebulur kerana pilih, undi & tukar kerajaan BN kepada kerajaan negeri bawah PR? heheheheeee.... cakap pakai lepas saja ....kepada puak2 penyokong lanun2 UBN nih ..
petronas, matan bank bumiputera, pernas, bernas.. jugak jadi mangsa lanun2 Umno..... CEO nak gaji besar & lagak lebih katakan.....
salam,
tak kira pelan 100 hari ka,pelan 1 bulan ka yg penting harga brg kena patut dgn kemampuan rakyat.Apa nak peduli siapa PM janji rakyat selesa.
biarlah BN perintah M'sia sampai kiamat kerana paling kuat umor manusia 100 tahun shj,lepas tu kalau tak inna lillah pun pasti dah nyanyuk....kerajaan firaun yg juta2 kali lebih hebat dari BN pun jugak bungkus....so jgn kita dok taksub sgt dgn kehebatan manusia....
sbg hamba Allah eloklah kita sama2 sediakan pelan menuju akhirat,lagi baik dan bermakna...tapi kalu sengaja nak tempah neraka jahanam silakan...tolaklah Alquran dan Alsunnah gerenti neraka menunggu.
Post a Comment