Tuesday, February 22, 2011

MUNCUL KEMBALI (946) - Dikemaskini dengan pembetulan ejaan

Pas/PR buang masa, wang dan tenaga bertanding di Kerdau dan Merlimau

SAMA ada diadakan pilihanraya serentak atau berasingan bagi pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Keradu di Pahang dan Merlimau di Melaka, peluang untuk Pas atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tumpaskan Umno/BN bukan saja mustahil tetapi hakikat dan natijahnya 'teramat' dan 'tersangat' mustahil. Keyakinan Pas/PR untuk tawan kedua-dua kawasan terbabit ibarat keyakinan katak puru yang yakin kulitnya akan licin bila bunyi guruh tetapi keyakinan itu tidak pernah menjadi realiti sejak turun temurun.

Di Kerdau, daripada 8,451 pengundi berdaftar, sebanyak 89.04% adalah Melayu, 5.62% Cina, 3.59% India dan 1.75 % lain-lain bangsa manakala di Merlimau daripada 10,471 pengundi berdaftar, sebanyak 64.69% adalah Melayu, :21.11% Cina, 14.16% India dan 0.04% adalah bangsa-bangsa lain. Maknanya kedua-kedua kawasan, majoriti pengundinya adalah Melayu.

Seandainya Pas meletakkan calon di kedua-dua kawasan dan diatur pula dengan siri kempen oleh Mursyidul Am Pas Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, penulis yakin jumlah majoriti Umno/BN akan meningkat dengan banyaknya kerana orang Melayu pasti tidak akan lupa dengan pengakuan Nik Aziz yang tidak bangga menjadi Melayu dan dilahirkan sebagai Melayu.

Orang Melayu juga pasti tidak akan bersekongkol dengan parti yang dipimpin dan dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam uamh mana parti lawan yang juga dipimpin dan dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam ditentang tegar, malah dianggap tidak layak masuk syurga bagi mereka yang undi Umno/BN tetapi pada masa yang sama boleh pula bekerjasama, malah boleh 'tunduk menguku' kepada parti yang pemimpimnya anti Islam secara terang-terangan.

Harus diketahui oleh para pemain politik dan parti politik, pengundi sekarang bukan cetek ilmu pengetahuan dan kasik maklumat macam dulu lagi, malah di Kerdau mahu pun di Merlimau, yang lebih berilmu dan lebih beriman dan bertakwa dari Nik Aziz ada berlambak-lambak, cuma mereka tidak tonjol diri, apatah lagi menggezetkan diri mereka sebagai 'tok guru', 'ulamak', 'mua'lim', 'maulana' dan sebagainya kerana mereka tidak ada kepentingan politik.

Ertinya ekoran keceluparan Nik Aziz yang bersifat strategi politik lepartian bagi menarik pengundi bukan Melayu dan pengundi bukan beragama Islam sehingga sanggup menyatakan beliau tidak bangga dilahir dan menjadi Melayu, menjadi suatu wabak, virus dan sindrom yang boleh menyebabkan Pas kehilangan sokongan orang Melayu, malah parti itu bukan sahaja akan tumpas pada pilihanraya-pilihanraya kecil tetapi juga pastinya akan tumpas pada pilihanraya umum nanti.

Kalau PR letak calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP, calon-calon dari parti-parti berkenaan juga akan kecundang kerana pndekatan poltik mereka tidak ada beza, uakni sama-sama skularisme. Ertinya PR sama ada mempertaruhkan calon Pas atau PKR atau pun DAP, pakatan pembangkang itu hanya akan membuang masa, wang dan tenaga bertanding di Kerdau dan Merlimau. Lebih baik wang itu Pas/PR gunakan untuk bantu fakir miskin termasuk patut digunakan untuk subsidikan harga barangan keperluan harian bagi rakyat di negeri-negeri yang diperintah sipaya lebih murah dari negeri yang Umno/BN perintah.

Dengan majorit yang dipungut oleh Allahyarham Zaharudin Abu Kassim di Kerdau sebanyak 1,615 apabila beliau memungut 4,132 undi pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) manakala lawannya dari Pas hanya memungut 2,520 undi, adalah amat sukar bagi Pas untuk tumbangkan Umno/BN, malah nak kurang pungutan majoriti pun adalah amat mustahil.

Sebaliknya penulis yakin, jumlah majoroti Umno/BN akan meningkat kepada 3,220 undi atau lebih ringgi lagi memandangkan Umno/BN sedang berdepan dengan revolusi dan reformasi pemulihan sokongan yang amat ketara, terutama di kalangan orang Melayu. Harus diingat yang menyebabkan Umno/BN gagal mendapat majoroiti 2/3 pada PRU-12 bukan kerana sokongan terhadap Umno merosot, sebaliknya yang tumpas adalah parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN atas beberapa faktor yang kini sudah dikenalpasti dan diatasi oleh pimpinan BN.

Keinginan Pas atau mana-mana parti dalam PR untuk tawan Merlimau juga akan ibarat Sang Pungguk yang mahu ke bulan menggunakan galah batang bemban bagi meminang puteri bulan. Ini adalah kerana kalau difikirkan secara waras, bukan mudah untuk Pas atau mana-mana parti dalam PR menambah pungutan undi lebih dari 5,087 undi berbanding dengan undi yang diperolehi pada PRU-12, yakni jumlah majoriti yang dipungut oleh Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan.

Allahyarham Datuk Mohd. Khidir memungut 4,981 undi pada PRU-12 dengan memungut 5,087 undi manakala lawannya dari Pas hanya memungut 2,927 undi sahaja. Tidak mustahil Umno/BN akan menang dengan majoriti serendah-rendahnya 5,314 undi dalam PRK nanti pada era Unmo/BN kini sedang disapa reformasi da revolusi pemulihan imej dan keyakinan rakyat ekoran dari kegagalan pembangkang menjadikan negeri-negeri yang mereka perintah lebih baik dari semasa Umno/BN memerintah, malah nampak ketara benar PR hanya beretorik dan bernafsu besar tetapi tidak bertenaga.

Apa pun jentera Umno/BN tidak boleh leka dan ambil mudah dalam menghadapi lawan, sebaliknya kena bekerja kuat bukan untuk menang kerana kemenangan memang sudah dalam genggaman tetapi kena bekerja untuk meningkatkan jumlah majoriti yang dipungut oleh Umno/BN. Jangan ikut rentak lawan yang menabur fitnah, provokasi dan fakta yang diadakan-adakan dalam berkempen, sebaliknya berpolitiklah secara sihat dan yang dihalalkan oleh Islam supaya Umno/BN tidak akan dikifarah sebagaimana Pas sedang berdepan dengan siri kifarah kerana pendekatan politik pimpinan parti berkenaan tidak sama antara yang diucap pada mulut dan yang terselit di hati.

2 comments:

kukujariku said...

yolo sungguh demo meli...

Anonymous said...

Orang PAS jenis babuk kerana tidak dapat terima realiti politik kini termasuk kukujariku. Nik Aziz bukan lagi jadi aset kepada PAS dan PR tetapi menjadi liabiliti yang boleh menghakis sokongan Melayu serupa Abang Li kata. Dia layak dok Klate dan pakai tropah kayu jah sebab jenis dia sesuai cara gitu je dan tak nyusah orang lain.