Doakan saya
LAMA saya tidak buka blog ini apabila saya merancang akanmelupuskannya di samping cuba untuk menolak rasa sayangdan rasa kehilangan bila sudah tidak berblog lagi. Yang pasti hatiseorang seniman walaupun hanya berkelas ikat bilis atau kelas batang mancis, ianya tetap sangat halus.
Ada semacam suatu kesiksaan dan keperitan hidup tanpa blog. Untuk memisahkannya dari hidup rasanya lebih menyiksakan dari kehilangan bini, termasuk penghinaan oleh seorang bini yangsanggup derhaka dan curang tanpa mengambil kira status sebagai seorang muslimat kepada sebuah parti yang kononnya perjuangan berlandaskanIslam semata-mata kerana terlalu ikut perasaan nafsuserakah sehingga hati dan perasaan anak-anak pun sanggup diperjudikan, satu sikap dan perilaku yang saya sukar untuk menerimanya sebagai suatu hakikat kerana seekor kucing, malah segarang-garang ibu singa pun ianya akan mengasihi dan menyangi anak-anak lebih dari nyawa sendiri.
Ramai yang meramalkan dia akan ditimpa petaka yang tidak akan mampu ditanggungnya tetapi saya tetap berdoa agar tanpa saya dalam hidupnya dia akan berbahagia, malah dia akan lebih berpeluang untuk lebih mudah masuk syurga. Bagi saya dia sudah mati sebagai seorang bini walaupun masih bernyawa sebagai seorang sahabat. Apayang patut dimaafkan telah saya maafkan,apa yang patutdihalalkan telah dihalalkan.
Selebihnya dia kena meminta keampunan dari Allah jika diamasih yakin tentang kewujudan syurga neraka dan dosapahala. Derhakai saya sebagai suami tidak akan ada petaka apa-apa tetapi berdosa kepada Allah akan besarazabnya. Semuga soal dosa pahala, syurga neraka tidak akan dipandang lekeh sebagaimana saya dipandang lekehdan sebagai seorang tidak pernah berbudi kepada anak bini.
Anak-anak akan tetap dalam tanggungan saya biar pun saya barangkali hanya mampu sediakan nasi dengan garam kepada anak-anak. Kesilapan besar sayakerana mengambil keputusan mengahwinibekas isteri saya walaupun pada umumnya orang tua-tua yang buat ramalan atau dipanggil 'rasi' menggunakan firasat tanah, air api angin:kami tidak akan kekal sebagai suami isteri.
Saya termasuk dalam bilangan tanah manakala dia termasuk dalam bilangan api. Mulanya saya tidakpercayakan ramalan atau 'rasi' tetapiterbukti apa yang orang tua ramalkan adalah benar. Akhirnya saya yang sentiasa mengalah dihina dengan suatu bentuk penghinaanyang tidak akan mudah untuk saya lupakan selagi hayat dikandung badan.
Pada kemunculan kali saya ingin memberi respon kepada komen- komen yang dihantar olehpenjenguk sebagaimana berikut;
hassan said...Salam,
Walau apa pun keputusan Pak Cik, Meli Kapak Jangak tetap dalam kenangan.Sampai masa aktif kembali...
hassan said...Kalu tok sir oghe nok bui, bagi ko ambo la, ambo pun tengah cari calon isteri.Minta yang ada solehah dalam dirinya...
8431 said...minhajul islam...
formula::ASLI::
" jika kamu syukur AKU tambah nikmatKU atas kamu... " demo pakar define 'syukur'..
hambo tumpang doa je..
Abdul Hayee said...Tersentuh membaca posting saudara. Saya mendoakan semoga saudara menemui apa yang dicari.
Assalamualaikum.
K.Kangsar.
0103441001
Anonymous said...meli...ada dr. tino,tokey kopi gilo ko mu loni
Anonymous said...Siasat Pengurusan utama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang dikatakan menyokong kuat Anwar Al Juburi di belakang tabir. Kononnya sebagai penghargaan dan terima kasih kepada AlJuburi kerana menubuhkan YaPEIM dulu.
2 comments:
tuan,
teruskanlah menulis. saya rindu membaca tulisan tuan yang disusun dengan bahasa tersendiri. setiap kali membuka blog, saya tercari-cari entri baru tuan..
dlm hal yg tak memberikan risiko atau dosa aku rasa kau blh ikut kata hati kau.
kalau kata hati kau mahu berblog maka, berblog lah kau, tapi ingat ikut hati cuma pada perkara yg tak berisiko atau yg tak berdosa, klu benda tu berisiko atau pun berdosa, itu yg dikata org tua2 ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Klu dgn berblog dapat mengembirakan dan beri manfaat kat org bukan ke itu satu kebaikan dan setiap kebaikan ada ganjarannya.
pandai2 le kau fikir.
Post a Comment