Friday, April 1, 2011

RESPON (1/2011)

Doakan saya

LAMA saya tidak buka blog ini apabila saya merancang akan
melupuskannya di samping cuba untuk menolak rasa sayang
dan rasa kehilangan bila sudah tidak berblog lagi. Yang pasti hati
seorang seniman walaupun hanya berkelas ikat bilis atau kelas
batang mancis, ianya tetap sangat halus.

Ada semacam suatu kesiksaan dan keperitan hidup tanpa blog.
Untuk memisahkannya dari hidup rasanya lebih menyiksakan dari
kehilangan bini, termasuk penghinaan oleh seorang bini yang
sanggup derhaka dan curang tanpa mengambil kira status
sebagai seorang muslimat kepada sebuah parti yang
kononnya perjuangan berlandaskan
Islam semata-mata kerana terlalu ikut perasaan nafsu
serakah sehingga hati dan perasaan anak-anak pun sanggup
diperjudikan, satu sikap dan perilaku yang saya sukar untuk
menerimanya sebagai suatu hakikat kerana seekor kucing,
malah segarang-garang ibu singa pun ianya akan mengasihi
dan menyangi anak-anak lebih dari nyawa sendiri.

Ramai yang meramalkan dia akan ditimpa petaka yang tidak
akan mampu ditanggungnya tetapi saya tetap berdoa agar
tanpa saya dalam hidupnya dia akan berbahagia, malah dia
akan lebih berpeluang untuk lebih mudah masuk syurga.
Bagi saya dia sudah mati sebagai seorang bini walaupun
masih bernyawa sebagai seorang sahabat. Apa
yang patut dimaafkan telah saya maafkan,apa yang patut
dihalalkan telah dihalalkan.

Selebihnya dia kena meminta keampunan dari Allah jika dia
masih yakin tentang kewujudan syurga neraka dan dosa
pahala. Derhakai saya sebagai suami tidak akan ada petaka
apa-apa tetapi berdosa kepada Allah akan besar
azabnya. Semuga soal dosa pahala, syurga neraka tidak
akan dipandang lekeh sebagaimana saya dipandang lekeh
dan sebagai seorang tidak pernah berbudi kepada anak bini.

Anak-anak akan tetap dalam tanggungan saya biar
pun saya barangkali hanya mampu sediakan nasi
dengan garam kepada anak-anak. Kesilapan besar saya
kerana mengambil keputusan mengahwini
bekas isteri saya walaupun pada umumnya orang
tua-tua yang buat ramalan atau dipanggil 'rasi'
menggunakan firasat tanah, air api angin:
kami tidak akan kekal sebagai suami isteri.

Saya termasuk dalam bilangan tanah manakala dia
termasuk dalam bilangan api. Mulanya saya tidak
percayakan ramalan atau 'rasi' tetapi
terbukti apa yang orang tua ramalkan adalah
benar. Akhirnya saya yang sentiasa mengalah
dihina dengan suatu bentuk penghinaan
yang tidak akan mudah untuk saya lupakan
selagi hayat dikandung badan.

Pada kemunculan kali saya ingin memberi
respon kepada komen- komen yang dihantar oleh
penjenguk sebagaimana berikut;

hassan said...

Salam,
Walau apa pun keputusan Pak Cik, Meli Kapak Jangak tetap dalam kenangan.Sampai masa aktif kembali...

March 24, 2011 7:15 AM

RAMLI: Saya masih dalam pertimbangan sama ada akan lupus atau tidak. Tanpa blog ni rupanya saya merasa amat sepu danmerasakan suatu kehilangan dan kekosongan dalam menjaldi hidup seharian.

Delete
Anonymous hassan said...

Kalu tok sir oghe nok bui, bagi ko ambo la, ambo pun tengah cari calon isteri.Minta yang ada solehah dalam dirinya...

March 24, 2011 7:17 AM

RAMLI: Bukan semua yang orang bagi boleh diterima, tuan. Banyak pertimbangan yang kena diambil kira. Kita tidak boleh utamakan kepentingan kita semata-mata. Kepentingan orang lain kena diutamakan. Bagi saya perkahwinan atas nama simpati tidak akan ke mana. Saya dah lalui pengalaman betapa seorang isteri yang tidak pernah ikhlas bersuamikan saya. Ianya hanya mampu bertahan selama 31 tahun. Bayangkan ketika sudah ada enam anak, cu dah nak maduk 7 manakala umurnya dah menjangkau 51 tahun dan saya pula 55 tahun, masih dituntut sebuah erceraian apabila dia menemui lelaki yang boleh dia cinctai dan kagumi berbanding dengan saya yang hanya pura-pura disayangi. malah saya yakin dia tidak pernah reda untuk kandungkan benih saya menjadikan dia tidak pernah membanggai anak-anaknya sehingga anak bongsu saya komplen dengan bakal anak tirinya dia bukan manjakan, malah bila SMS dengan bakal suami barunya, dia beryang-yang, Sedangkan sepanjang menjadi isteri saya selama 31 tahun, dia belum pernah mengucup tangan saya, apatah lagi mengucapkan permohonan maaf, malah nak ke mana-mana termasuk ke Medan, Sarawak dan di samping keluar rutin harian dia tidak pernah memohon keizinan saya. Selama 31 tahun dia hidup dalam dosa kerana memperhina, memperlekeh dan kerana tidak pernah syukur kerana bersuamikan saya. Atas alasan itu saya lepaskan dia dengan harapan dia akan bertaubat dan insaf kerana saya masih mengharapkan atas nama ibu kepada anak-anak yang dikandung dan dilahiran tanpa redanya, dia masih berpeluang masuk syurga jika dia nanti menjadi isteri yang taat keada suami di samping berusaha untuk bertaubat nasuha dan meningkatkan tahap iman dan takwanya.


Delete
Blogger 8431 said...

minhajul islam...

formula::ASLI::

" jika kamu syukur AKU tambah nikmatKU atas kamu... " demo pakar define 'syukur'..

hambo tumpang doa je..

March 26, 2011 4:41 PM

RAMLI" Terima kasih atas doa tuan. Sejujurnya selepas pereceraian berlaku...banyak nikmat saya saya dapat. Antaranya saya terlepas dari rasa palitan dosa kerana sikap isteri yang tidak 'heran', tidak hargai dan tidak taati suami. Saya tidak boleh tegur atau nasihat kerana lazimnya bahasa yang digunakan untuk saya sebagai suami amat keras dan boleh membuatkan hati jadi panas. Mungkin kerana dia dididik begitu. Untuk memastikan dia memakai tudung pun banyak air mata saya tumpah di atas sejadah, malah peranan sayalah dia yang mendorong dia menyertai Pas dan tudak menyertai Umno apabila S46 dibubarkan. Andainya dia masuk Umno dulu, saya yakin dia akan berfeel sejuta kali lebih buruk lagiberbanding dengan dia aktif sebagai muslimat Pas.

Delete
Anonymous Abdul Hayee said...

Tersentuh membaca posting saudara. Saya mendoakan semoga saudara menemui apa yang dicari.

Assalamualaikum.

K.Kangsar.
0103441001

March 29, 2011 4:11 AM

RAMLI: Yang saya cari adalah keredaan-Nya. Untuk lafazkan cerai pun saya beristikharah setiap malam dalam tempoh tiga bulan. Saya cuba untuk selamatkan rumahtangga bukan kerana dengan berpisah dengannya saya tidak akan laku lagi di pasaran ari bini tetaopi kerana memikitkan soal hati dan perasaan anak-anak. Tuntutan cerai yang dibuat melalui mahkamah bukan kali pertama tetapi sudah dibuat semasa dia aktif dalam S46. Bayangkan masa S46 orang menganggapnya sebagai seorang janda manakala ketika masih dalam proses perceraian kali ini, belum apa-apa dia dah boleh mengaku lelaki yang hilir mudek bersamanya adalah suaminya. Ketuika masih dalam idah pun dia ke sana ke mari dengan lelaki yang kononnya bakal suaminya. Dia sanggup lakukan dosa sedemikian rupa dan saya tidak berdaya untuk mencegahnya kerana baginya saya tidak lebih dari hanya sampah sarap atau anjing kurap buruk kepala yang tidak perlu dihormati. Kerana itu kalangan yang agak tahu agama meramalkan dia akan ditimpa petaka tetapi saya berdoa pada Allah akan dia tidak akan ditimpa petaka supaya anak-anak tidak akan berdukacita dengan nasib malan ibu mereka. Biarlah dia bahagia dan anak-anak akan tumpang gembira.

Delete
Anonymous Anonymous said...

meli...ada dr. tino,tokey kopi gilo ko mu loni

March 29, 2011 5:37 AM

RAMLI: Tuan, jangan buat tohmahan dan andaian yang bukan-bukan. Saya tak apa kerana saya tidak ada standard, saya dari kelas tamada dan sengket. Maruah, reputasi dan prestasi orang yang dikaitkan dengan saya itu perlu dijaga. Barangkali yang tuan maksudkan adalah Dr Radziah Abdul Aziz, anak kepada seorang tokoh yang pernah bertanding dalam piliharaya atas tiket Pas di Taiping pada suatu ketika dulu. Beliau adalah pengeluar Knight Copy. Dia adalah sahabat FB saya dan pernah datang ke rumah bagi mencari pokok ubat-ubatan. Kami tidak pernah ada hubungan intim. Sebagai seorang yang sangat tinggi statusnya, dia mungkin dia gilakan saya, malah dia tidak pernah beritahu saya yang dia gilakan saya. Saya sangat menghormatinya kerana dia seorang yang cepat mesra dengan semua orang dan ada kecenderungan untuk memastikan orang yang ada masalah merdeka dari masalah. Beliau dah jarang hubungi saya sekarang...barangkali kerana ada yang buat gossip liar sedangkan antara kami tidak lebih dari hanya sahabat FB. Saya bukan spcise berhati daun kayu. Dr Rasziah sebenarnya banyak membantu saya dalam bentuk memberi rangsangan supaya kembali bangkit dari kejatuhan.

Delete
Anonymous Anonymous said...

Siasat Pengurusan utama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang dikatakan menyokong kuat Anwar Al Juburi di belakang tabir. Kononnya sebagai penghargaan dan terima kasih kepada AlJuburi kerana menubuhkan YaPEIM dulu.

March 31, 2011 6:31 PM

RAMLI: Kalau ianya ada kepentingan awam dan demi kepentingan agama, bangsa dan negara, saya menyokognynya, siasat dan selongkar.

Delete

2 comments:

Anonymous said...

tuan,

teruskanlah menulis. saya rindu membaca tulisan tuan yang disusun dengan bahasa tersendiri. setiap kali membuka blog, saya tercari-cari entri baru tuan..

Sang Guna said...

dlm hal yg tak memberikan risiko atau dosa aku rasa kau blh ikut kata hati kau.
kalau kata hati kau mahu berblog maka, berblog lah kau, tapi ingat ikut hati cuma pada perkara yg tak berisiko atau yg tak berdosa, klu benda tu berisiko atau pun berdosa, itu yg dikata org tua2 ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Klu dgn berblog dapat mengembirakan dan beri manfaat kat org bukan ke itu satu kebaikan dan setiap kebaikan ada ganjarannya.
pandai2 le kau fikir.