Wednesday, May 11, 2011

COME-BACK (14/2011)

Pilu hati seorang abah (3)

HARI ini saya sedikit tergamam apabila menerima bungkusan hadiah daripada anak bongsu ketika saya mengambilnya pulang dari sekolah.

"Hadiah untuk abah sempena hari ibu. Saing-saing adik semuanya beli hadiah untuk mak sempena hari ibu" maklumnya tanpa diminta.

Saya kata saya seorang bapa, bukan seorang ibu. Kenapa pula saya diberi hadiah. Katanya adik hanya ada abah yang turut jadi ibu, suapkan makan adik, mandikan adik, basuh berak adik, hantar dan ambil adik sekolah.

Walaupun hadiahnya hanya sebiji cawan yang cuma berharga RM2.50 tetapi bagi saya hadiah anak bongsu saya itu nilainya lebih dari rm2.5juta. Saya tahu dia perlukan seorang ibu, juga belaian dan usapan seorang ibu.

Gembiranya dia bila saya kata pada hari Jumaat saya akan ke Ipoh untuk temankan ibu yang akan berkereta ke Kota Bharu. Katanya kalau macam tu hadiah itu simpan untuk ibu, adik akan hadiah benda lain untuk abah pada hari bapa nanti. Ibu yang dimaksudkan itu adalah Norsita Abd Rahim dari Tapah Road Perak, wanita yang menerima gelaran the iron lady Perak dan superwomen yang bakal saya nikahi tidak lama lagi yang mana sikap dan sifat keibuannya sangat disenangi oleh anak-anak dan cucu-cucu saya.

Ciuman, pelukan dan kemesraannya menjadikan anak-anak saya cukup menyenanginya, malah membanggainya. Seingat saya belum pernah ibu kepada anak-anak saya mencium, memeluk dan mesra dengan anak-anak, sebaliknya ianya seorang yang sangat garang, celupar dan kurang ajar, malah gemar menyumpah dan menyeranah anak-anak. Sifat dan sikapnya dengan anak-anak tidak sama dengan sifat dan sikapnya kepada orang parti politik yang dianggotainya.

Kepada Norsita saya menggantungkan harapan supaya anak-anak akan dilimpahi kasih sayang seorang ibu dan anak-anak akan rasa disayangi, dihargai dan mempunyai nilai yang tinggi sebagai seorang manusia.

Sebak dan memilukan, bila teringat pada majlis motivasi kepada bakal-bakal calon UPSR. Anak bongsu saya paling awal menitiskan airmata pada sessi peserta diminta mengenggam tangan ibu masing-masing dan membayangkan betapa ketika nak ke sekolah ibu akan sediakan makan, kemudian memeluk dan mencium anak serta memberi peringatan dan pesanan berguna.

Ibu kepada anak-anak saya tidak melakukan itu semua, kalau pun disediakan sarapan akan di humban macam beri hampas kelapa kepada beruk peliharaan, malah mudah benar menyumpah dan menyeranah anak-anak.

Saya tahu anak bongsu saya menangis kerana dia tidak pernah menerima belaian kasih seorang ibu, sebaliknya sentiasa diseranah dan disumpah dengan kasar dan kurang ajar.

Norsita sebagai ibu, walaupun bukan yang melahirkan anak bongsu dan kakak-kakak serta abangnya, pada saya mampu memenuhi apa kehendak anak-anak saya dalam berdepan dengan seorang ibu yang antara tugasnya memberi teladan kepada anak-anak.

2 comments:

Anonymous said...

ambo menangis baca article ni be li, tak tahu kalu ambo dok tempat abe li..untung abe li ada anak yang cerdik2. Alhamdulillah.

Cikgu Di said...

Salam buat tuan...

Syabas dan tahniah buat tuan kerana masih tabah menerima berbagai cubaan hidup.Terutama bila bersendirian dan mengurus alam persekolahan anak-anak.

Semoga pertemuan tuan dengan calon ibu anak tuan akan membawa rahmat dan kebahgiaan yang tuan cari-carikan.

Lupakan kisah lalu. Mungkin ianya sebahagian ujian yang memerlukan pengorbanan. Alhamdulilah berkat kesabaran tuan Allah telah mempertemukan tuan dengan bakal ibu yang baik buat anak-anak tuan. Diharapkan begitulah dan semuga tuan banyak beryukur..... walahualam