Wednesday, May 18, 2011

COME-BACK (21/2011)

Betulkah saya mengkhianati Pas?

KESIAN demo, molek-molek dok alik serego, nyo gi lopat masuk nerako tak dok pasa-pasa. Ketnyo dan lagi kalu demo nok tobat. Lopat masuk serego semula.

Saya tergamam dengan omelan kawan lama yang memang orang kuat Pas, pantang terlatah akan diucap 'mampus Umno, hidup Pas'.

Dia juga selalu menyebut 'masuk Isle la wei' kepada orang yang bukan sokong Pas. Baginya orang yang bukan penyokong Pas bukan Islam.

Walaupun barangkali dia hanya bergurau tetapi Islam bukan barang benda yang boleh dibuat main-main atau bahan jooker.

Dia juga tanya kenapa saya sanggup khianati Pas yang baginya bermakna saya mengkhianati syurga, setidak-tidaknya menolak syurga dan sengaja membina jambatan ke neraka.

Saya akui padanya memang betul saya sedang dan akan membantu Umno bagi menumbangkan Pas di Kelantan pada PRU-13 atas tuntutan fardu kifayah, sekurang-kurangnya pada saya.

Berapa juta Umno bayar? Itu yang ditanyanya. Seolah-olah sudah menjadi suatu kewajipan atau syarat induk, bila masuk Umno pasti dibeli. Kononnya macam Kickdefella.

Kickdefella kalau Umno beli pun memang ada kullihanya, beliau orang ilmu sakan. Saya apa yang ada. Rasanya samas pun Umno tak akan sanggup beli saya.

Saya pun tidak merasa sedih kalau Umno mahu pun Pas atau mana-mana pihak menilai saya lebih rendah dari samas kerana saya tahu tahap keilmuan dan standard saya.

Justeru itu saya lebih suka memilih hidup cara saya, tidak statik dalam memberi sokongan kepada mana-mana parti politik.

Pada PRU-13 saya akan cuba bantu Umno untuk tumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Saya pernah menjadi Setiausaha Jawatan Kemajuan Dan Keselamaan Kampung (JKKK) di kampung kelahiran saya masa Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob jadi MB Kelantan.

Kalau Umno gagal memenuhi citarasa rakyat selepas tawan Kelantan nanti, saya tidak teragak-agak akan bantu Pas untuk tumbangkan Umno pula nanti, bukan kerana khianat tetapi demi kepentingan ramai, bukannya kerana kepengtingan peribadi.

Itulah saya yang jarang orang boleh faham, kecuali orang macam Saudara Mohd. Sayuti Omar (MSO) dan beberapa orang yang lain dengan bilangan terlalu kecil. Orang macam MSO kalau ditanya berapa Umno bayar/beli saya, pasti dia akan ketawa sampai terkentut!

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
ambo nok rujuk ko perkara ni jah:

"KESIAN demo, molek-molek dok alik serego, nyo gi lopat masuk nerako tak dok pasa-pasa. Ketnyo dan lagi kalu demo nok tobat. Lopat masuk serego semula".

"Saya tergamam dengan omelan kawan lama yang memang orang kuat Pas, pantang terlatah akan diucap 'mampus Umno, hidup Pas'".

"Dia juga selalu menyebut 'masuk Isle la wei' kepada orang yang bukan sokong Pas. Baginya orang yang bukan penyokong Pas bukan Islam".

Komen ambo:
Kalu abe meli kenal gak dgn ore hok lagu ni....cepat2 la bowok gi jupo Tuan Guru Nik Aziz atau Haji Hadi kito....biar diperbetulkan pemahame agamo ore lagu ni...moga2 tak dok lagi ore kelate hok sesat dale beragamo...sebab kalu suruh gi jupo ustaz lain....

PAS itu parti politik...
ISLAM tetap ISLAM..

Anonymous said...

saya mintak meli sebutkan nama kawan lama meli yg oyat gitu,sila sertakan nama penuh,duduk mana,no.hp brp.

atau demo buat2 cerito jah....sajo nok punoh ko pas.

Hang Dodol said...

mano bulih sebut nama kawan tuu... nanti aibkan ore pulokk...

Ingat hujoh2 koran hadis bab aibkan ore hok defend anwar tu... jange jadi supo beruk mat yeh.

Anonymous said...

Orang PAs ni jenis babuk.... tak ngaku berak kok sir. Senang jah penyelesaiannya. Dia tuding kata ore lain berak. Basa jenis rosak barang dale. Nak royat ko Nik Aziz dan Hj Hadi wat tahi kucing apanya sebab dua manusia ni yang yakin PAS itu Isle dan Isle itu PAS. Pada tahun 1982, Siapa yang mengkafirkan UMNO. Pada tahun 1969,Fatwa siapa yang mengkafirkan UMNO. Harap nanti ada Puak-puak Ulamak PAS akan keluar dari PAS dan akan mengkafirkan PAS. Baru pade dengan muka dok jaja isu kafir yang tak laku loni. dahlah hukum hudud dan negara Islam dah tak sebut dah selepas menyertai PR. Celaka! Celaka ! Celaka !

Anonymous said...

Ado jugok pesen hok panah cupin tlingo bakpo nyo denga tuae Meli beoyat lagu tuh. Kalu tok tahe denga wat lok2 tok denga batponyo...

Abe Li come sngoti demo beoyat lagu tuh. Lagi banyok ayat lagu tu supa makan nasi cicah ule denge budu...

JaliKapakRonggak said...

"Saya pun tidak merasa sedih kalau Umno mahu pun Pas atau mana-mana pihak menilai saya lebih rendah dari samas kerana saya tahu tahap keilmuan dan standard saya".

Inilah pengakuan yang tepat daripada meli, jika catatan ini dibaca dan diteliti.
Hujah tepi jalan bukan merupakan hujah untuk dijadikan suatu hujah umum. Menggunakan hujah tepi jalan akan memperlihatkan standard penulis.

Anonymous said...

Kepada JaliKapakRonggak ......

1) Hujah Demo standard sangat ko ?
2) Cuba jelaskan Fatwa PAS 1969 yang mengkafirkan UMNO.
3) Minta Demo Ulaskan mengenai 'Amat Hj Hadi' pada tahun 1982.
4) Kenyataan Nik Aziz " PAS itu Isle dan Isle itu PAS "
5) Ciri-ciri golongan Asobiyyah yang disebutkan Rasulullah SAW.

Kalu ore lain demo anggap ilmunya toho, kawe nak berdepan dengan demo hok ilmu dale. Tuiiih

Anonymous said...

Sapo2 tok soh dok bual besar la...PAS lamo doh dok ajok UMNO debat atah segalo apo isu..ladang rakyat hok terbaru nih. Ado umno berani??? stakat dok punggoh ore asli buleh harap la..ajok dok atah pentas tok berani..baso set2 kuluk kote blako umno nih!

Anonymous said...

tak lama lagi meli dpt ofer mace ni jugak...hahahaaaaa http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=7303