Tuesday, August 18, 2009

KEMUNCULAN KHAS

Kurang pengalaman dan khianat punca saya gagal

Anonymous said...
Salam untuk Bapak Lie,Kenapa bisness Bapak Lie selalu saja lingkup??Dah acap kali buka bisness , dua - tia - empat bulan kemudian bisness lingkup.Ada apa kah yang tak kena??? atau banyak mano orang tak bayar hutang bapak Lie??
August 18, 2009 5:18 AM
Post a Comment

Jawabnya kerana saya kurang pengalaman dalam bidang pengurusan, terutama dalam soal-soal kewangan, terlalu mudah berkira dan dari sikap saya itu ada yang ambil kesempatan mengkhianati saya.

Misalnya bila saya hubungi para pengedar untuk dapatkan bayaran, rupanya sudah ada pihak yang buat pungutan dengan pungutan itu pula dimasukkan ke akaun peribadi.

Saya sedang menunggu dokumen dari pengedar berkaitan untuk dibuat laporan polis. Pihak pengedar sendiri terperanjat dan menganggap ia telah diperdaya, malah berjanji akan bantu saya supaya pengkhianat dibawa ke muka pengadilan.

Gagal pungut hutang adalah antara punca utama. Antaranya yang tidak bayar hutang saya sebagaimana yang tercatat dalam rekod adalah seorang Anggota Exco Kerajan Kelantan walaupun jumlahnya dibawah RM1,000. Dato' Ibarhim Ali adalah individu yang paling cepat bayar hutang.

Masa saya terbit buku-buku pro Pas dulu, sebanyak RM384,000 (Ringgit: Tiga Ratus Lapan Puluh Empat Sahaja) hasil jualan gagal dipungut sampai sekarang manakala untuk operasi penerbitan Mingguan Konsep dan majalah Wasilatu-Ummah hujung tahun lepas hingga operasi ditutup pada bulan Julai tahun ini, saya mampus modal RM180,000 (Ringgit: Seratus Lapan Puluh Sahaja).

Saya juga ditangguhkan bayaran untuk urusan pertukaran hakmilik permit Mingguan Wasilah berjumlah sekitar RM250,000 lagi daripada nilai pertukaran hakmilik yang keseluruhannya berjumlah RM300,000.

Atas kertas wang saya agak banyak tetapi dalam tangan tidak ada. Itulah antara faktor kenapa saya bersahabat dengan puak-puak along yang rata-rata terdiri dari kalangan ganster supaya saya dapat belajar cara pemungutan hutang yang tidak boleh si yang berhutang tidak membayarnya.

Saya tidak serik, saya akan terus cuba berniaga kerana saya tahu 99 peratus punca rezeki adalah dari bidang peniagaan. Saya cuba menyediakan masa depan untuk anak cucu kerana saya tidak ada sebarang pengaruh untuk membolehkan anak cucu dapat makan gaji dengan kerajaan.

3 comments:

Anonymous said...

bersabarlah
sabar itu pahit namun dihujungnya ada kemanisan yang dikenang sampai bila-bila

a.m

john said...

TUBIK SMULA- x po baso diodoh adat nego ado risiko..perkemah hok mano longgar buleh berjayo la..bekki hok mano kure...teruskae berosoho..tapi so abe li..kadae2 harto ni kalu banyok pulok bahayo..takut jadi ka'at pulok..mungkin Tuhe nok uji abe li kot..padae nga lagu ni jah. Nabi pesan doh 'kalu nok banding pasal harto, bandinglah dengan ore miskin dari kito, kalu nok banding pasal ilmu, bandinglah denga ore hok banyok ilmu pado kito. hok pentingnyo susoh ko..senae ko..kena ...bersyukur!

Jemaah Masjid Kg. Sireh said...

Saya dapat tahu sementara bayaran keseluruhan harga tukar hakmilik Mingguan Wasilah, Abe Meli dibayar RM3,000 sebulan. Jumlah tu dah cukup besar. Hujung tahun ini baru bayaran sepenuhnya dideleaikan.

Hasil menulis di pelbagai akhbar dan majalah lagi. Dalam nampak merempat Abe Li sebenarnya berpendapatan agak tinggi. Tak ramai orang berpendapatan RM3,000 sebulan.

Khabarnya dalam urusan penerbitan Mingguan Konsep, Abe Li akan dapat RM3,000 sebulan. Dua kali RM3,000 jumlahnya RM6,000. Itu belum masuk kira hasil menulis ke pelbagai akhbar dan majalah lagi.

Cuma Abe Li khabarnya terlalu pemurah sangat. Kalau orang minta derma, terlalu ringan tangan sign cek, tak pernah kata tak ada.

Kalau orang minta pinjamm, pakai terus kira sedekah. Khabarnya empat alat sejuk panas air di Masjid Kampung Sireh sumbangan Abe Li belaka.

Orang yang tipu, yang khianat dan tak bayar hutang Abe tu mereka ingat mereka cerdik tetapi sebenarnya mereka tidak cerdik, buat dosa.

Mudah-mudahan Abe terus bersabar dan dilipat-gandakan rezeki.

Kalau pendapatan tetap dah RM3,000 sebulan, memang patut pun Abe Li tak malu mengaku beli jual besi buruk.