Monday, November 2, 2009

MUNCUL KEMBALI (475)

Kerajaan perpaduan penuhi tuntutan agama, bukan politik: apa alasan ianya ditentang?

BILA Presiden Umno merangkap PerdanaMenteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan Umno sanggup bekerjasama dengan Pas ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, maka apa alasan untuk penentang gagasan cetusan Presden Pas, Dato' Seri haji Abdul Hadi Awang itu terus dengan kedegilan menolak dan menutup buku tentang isu berkenaan?.

Seorang hamba-Nya yang ditakdir dan dan disuratkan menjadi perdana menteri daripada 27 juta rakyat boleh menganggap idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, kerananya Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan Pas, maka sebesar mana pada hakikatnya skala pemikiran kalangan yang menolak gagasan itu.

Kalau yang menentang pemikiran, kecerdekan, ketokohan dan kehebatannya lebih berskala besar berbanding dengan penggagas dan penyokong serta penyahut gagasan itu, maka kenapa pula Najib yang ditakdirkan menjadi perdana menteri bagi negara ini dan Haji pula yang ditakdir dan disuratkan menjadi Presiden Pas, bukannya orang yang melihat gagasan itu seolah-olah umpama sampah sarap yang ditakdir da disuratkan sebagai perdana menteri mahu pun sebagai Presiden Pas.

Macam mana dengan ayat 10 surah Al-Hujurat? Apakah gagasan Hadi dan penerimaan Najib bercangah dengan tuntutan dan maksud ayat berkenaan atau sebaliknya? Kalaulah dikhuatiri Najib tidak jujur atau akan menipu Pas dengan memperalatkan gagasan itu, apakah penentang gagasan itu tidak tahu bahawa Allah Maha Bijaksana dan Najib tidak ada keupayaan untuk menipu Allah. Macam mana kalau Najib jujur, bukankah berprasangka penuh prejudis itu akan membawa dosa.

Pada pemerhatian saya, Allah hanya melarang.hamba-Nya (umat Islam) menjadikan orang kepercayaan/sahabat hanya di kalangan bangsa Yahudi dan Nasrani. Hal ini termaktub dalam al-Quran, antaranya dalam ayat 51 surah Al-Maidah di samping turut disebut dalam beberapa ayat dalam surah yang lain. Penolak gagasan itu secara tidak langsung melabelkan Umno sama dengan Yahudi dan Nasrani, kalau tidak ianya tidak akan menjadi sesuatu yang halal untuk ditolak.

Lagi pun apabila perdana menteri menegaskan bahawa kerajaan dan parti terajuannya mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan dan menepati tuntutan agama, pelawaan kerjasama akan disambut baik, bermakna beliau meletakkan parti dan kerajaan terajuannya berada pada landasan yang betul dan menepati kandungan ayat 10 Surah Al-Hujurat.

Sehubungan dengan itu pihak yang menentang kenalah mempuai hujah berlandaskan al-Quran dan Hadis bagi bagi menguatkan hujah yang menghalalkan gagasan berkenaan ditolak, bukannya berfaktorkan kerana tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Kalau nak tahu kena jumpa dan berbincang dari hati ke hati kerana kelihatannya Umno dan kerajaan piminan Najib cukup terbuka untuk itu.

Aabila perdana Menteri memberikan penjelasan kenapa Umno menyahut baik gagasan kerajaan perpaduan, bermakna majoriti rakyat mahu tahu apa rasionalnyakenapa Pas yang cetuskan gagasan itu dan Pas juga akhirnya mengisytiharkan isu itu ditutup buku apabila gagasannya itu dtentang keras oleh kalangan tertentu dalam Pas, terutama oleh Mursyidul Amnya, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Ma.

Memandangkan dalam al-Quran disebut secara jelas larangan menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai orang kepercayaan/sahabat/pemimpin, maka bila Pas menolak penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno, mahu tidak mahu akan membawa maksud Pasmenyamakan taraf Umno sama dengan Yahudi dan Nasrani. Pokok pangkalnya apakah Pas berada dalam keadaan halal dengan melabelkan Umno sedemikian?

5 comments:

Anonymous said...

Meli kata..
Memandangkan dalam al-Quran disebut secara jelas larangan menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai orang kepercayaan/sahabat/pemimpin, maka bila Pas menolak penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno, mahu tidak mahu akan membawa maksud Pasmenyamakan taraf Umno sama dengan Yahudi dan Nasrani. Pokok pangkalnya apakah Pas berada dalam keadaan halal dengan melabelkan Umno sedemikian?

YANG UMNO DOK 52 TAHUN BERKONGSI KUASA & PERCAYA KAT MCA, MIC, GERAKAN, PPP, IPF, PBS, ...DLL LAIN2 TUU TIDAK KAFIR JUGAK KAH KETUA2 MEREKA? UMNO TENTANG PAS SELAM NI SAMPAI KEPERINGKAT MEMBUNUH, PMENINDAS, DLL TU...TAK PAKAI SURAH ALHUJARAT KE?

Anonymous said...

Anon 2/11/09 23:31,

Bagi sy perpaduan ummah tu hanya berkisar antara orang Melayu yg berugama Islam di Malaysia.

Jika kita kuat (baca menjadi labih kuat) maka orang lain akan ikut.

Kini, kita belum lagi kuat dan ade tanda-tanda org lain bersatu dan mengambil kesempatan sehingga kita pula jadi pengikut.

Susah sangatkan 'pemimpin-pemimpin' kita jadikan pengalaman 52 tahun dulu sebagai panduan untuk maju kedepan. Rakyat tak mahu mengulangi sejarah lampau, pelajarilah dari sejarah.

Yg menantikan pemimpin yg boleh memimpin kita dunia dan akhirat, insya'ALLAH akan muncul nanti.

Nani Cheras

Anonymous said...

Yahudi lain,Cina dengan India lain. Yang dilarang bangsa Yahudi, tdk Cina dan India.

Meli dorong ke arah perpaduan sesama Melayu, yang dok rangkum dengan bangsa lain apa pasal.

Letih la Meli demo nak beri kefahaman kepada orang yang tksir reti.

Bagaimanapun kawe harap Melitidak patah semangat, kawe yakin orang macam Meli mempunyai tahap kesabaran berskala besar.

Abuzar said...

Sdr MKJ. Mengapa perpaduan ummah cadangan puak2 pro-Umno ini di sempitkan untuk melayu saja? Ummah meliputi semua bangsa, kaum, puak, daerah, generasi. Peraduan ummah perlu merangkumi semua muslimin tanpa dibatasi dalam kontek assobiyyah melayu saja. Perpaduan ummah boleh berlangsung melalui PAS atau PR walaupun tanpa UMNO. Insyaalah semua ummah akan selamat didunia dan akhirat.

Kita perlu keluar dari kurafat dan keegoan semangat assobiyyah UMNO yang telah banyak membelakang kehendak Allah dan nasihat pemimpin2 Islam yang bukan UMNO selama ini.

Perjuangan ummah perlu berteraskan yang hak disisi Allah walaupun yang kita tentang adalah darah daging kita sendiri. Rasulullah menentang Abu Lahab dan bangsa Quraishnya sendiri kerana kemusyrikan dan keangkuhan mereka. Kita wajib menegakkan yang hak- tauhid, kebenaran dan keadilan. Kita dilarang mempertahankan kemungkaran dan kezaliman walaupun keluarga, puak atau bangsa sendiri. Surah an-Nisa'-135: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

Cadangan kerajaan perpaduan - PAS dengan UMNO akan menjadi lebih berasas jika UMNO kembali kepada prinsip Islam yang hakiki dari segi dasar, tindakan dan amalannya. Titik pertemuan yang amat hak dan relevan. Jika UMNO masih dengan jiwa sekular yang sedia ada, maka cadangan UG ini akan menjerumuskan PAS kepada kepalsuan perjuangan seperti UMNO yang pernah disebut dalam Amanat Hj Hadi pada 1981 dulu.

Sdr MKJ, kita perlu menulis dan memperkatakan yang benar, sesuai dengan ayat al-Baqarah-42: "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya".

PUTRA CAKNA said...

Kalau PAS boleh menerima perpaduan ummah dengan PKR dan DAP, mengapa dengan UMNO tidak boleh?
Adakah PAS mentarafkan UMNO lebih hina daripada puak-puak DAP dan PKR?
Kalaulah macam itu, pada anggapan saya PAS tidak akan menjadi mulia kerana perpaduan itu.
Pada anggapan saya sebarang benda yang suci jika dibasuh dengan air yang kotor, ia tidak suci lagi menyucikan.
PAS sudah kotor kerana perbuatan dirinya sendiri walaupun dia tidak sedar kerana keegoannya.
Apa guna suci pada pandangan kita tapi TIDAK pada pandangan orang lain.
Kalau PAS betul-betul suci, saya pasti ia menjadi sokongan ramai.
Tetapi adakah PAS mendapat sokongan ramai?
Mengapa ramai orang ISLAM yang tidak menyokongnya?
Sejak akhir-akhir ini setelah berkawan dengan DAP, PAS sudah menghina UMNO seolah-olah UMNO tidak suci. DAP yang dianggap syaitan pada dulunya lebih suci daripada UMNO.
Ternyata perpaduan PAS, DAP dan PKR umpama penyatuan dunia saja untuk mendapat kuasa. Dan bila berkuasa ISLAM entah ke mana. Lihat contoh dua negeri yang diperintah oleh perpaduan ummah ini. Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Adakah ia contoh yang baik pemerintahan berteraskan Islam?
Saya tak sebut kelantan kerana kelantan tidak melibatkan perpaduan ummah ini kerana ia melibatkan sebahagian besarnya daripada orang Melayu dan Islam. Itupun tak nampak secara jelas pembangunan kelantan berteraskan Islam kerana kelihatan di bandar Kota Bharu yang nampak jelas ialah KB MALL, TESCO, GIANT DAN PARKSON yang mana bila dengar saja namanya tidak berunsurkan Islam. Mana keagungan yang diuar-uarkan yang mengatakan KOTA BHARU bandaraya ISLAM???
Pada saya PAS memperjuangkan ISLAM diluar tetapi tidak didalam.
Apa guna nampak ISLAM diluar tapi di dalam penuh berkarat dan kadang-kadang mengeluarkan fakta yang bersalahan dengan aqidah umat Islam. Umat Islam menjadi keliru dan haru di atas fakta yang diberikan.
Akhir sekali saya berpendapat MALAIKAT tidak boleh bersekongkol dengan SYAITAN kerana SYAITAN dan MALAIKAT adalah dua makhluk yang berbeza yang dicipta oleh Allah.
MALAIKAT patuh pada perintah ALLAH sedangkan SYAITAN ingkar.
Kalau berkawan juga nescaya MALAIKAT tidak sesuci seperti dulu lagi.
Kalaulah MALAIKAT berkawan dengan SYAITAN, adakah syaitan boleh masuk syurga?
Kalau SYAITAN berkawan dengan MALAIKAT, adakah ia boleh mengajak sama masuk ke neraka???
Saya terkeliru!