Tuesday, February 2, 2010

RESPON (2)

Penerbitan akhbar dan majalah: saya kepatahan sayap

Blogger Nazmi Yaakub said...

tuan, akhbar mingguan tuan sudah dikuburkan, kah?

February 1, 2010 8:05 PM

Sebagaimana yang saudara maklum (Saudara Nazmi yang kerja dengan Berita Harian ke ni?), penerbitan akhbar mahu pun majalah atau pun buku risikonya tinggi. Kena ada modal besar. Saya cuma bermodalkan air lior. Tapi dapatlah juga merangka ala kadar.
Akhbar Mingguan Wasilah saya dah pindah-milikkan kepada Saudara Yusri Yusoff. Itu dasar saya, apa yang saya usahakan jika ada kalangan yang berminat meneruskannya, saya akan serahkan.

Dulu. ketika masih diterbitkan oleh syarikat saya, Mingguan Wasilah stabil, aliran tunainya sekitar RM200,000 sebulan. Sekarang saya tidak tahu apa perkembangannya kerana setelah dipindah-milik, saya tidak berhak ambil tahu lagi.

Dalam banyak-banyak nama akhbar dan majalah yang permitnya aas nama saya, Mingguan Wasilah adalah yang paing saya sayang. Pun begitu bila Saudara Yusri berminat memilik-haknya, saya serahkan jugalah walaupun berhar-hari saya menangis kerana pemindahan hak milik itu.

Lagi pun kata orang, pahala akan lebih besar kalau kita berikan kepada orang yang berhajat apa yang paling kita sayangi, kecuali bini. Tetapi kaum Ansar sanggup beri bini pada kaum Muhajarin.

Saya patut menerima bayaran RM300,000 (Riggit: TIGA RATUS RIBU SAHAJA) dari pertukaran hakmilik itu. Asalnya janji RM500,000 tetapi atas nama perikemanudiaan, saya sendiri turunkan kepada RM300,000.

Duit itu sepatutnya menjadi vitamin kepada perniagaan saya. Tetapi lebih RM250,000 bayaran belum diterima. Padahnya perniagaan saya jadi tidak bertenaga.


Bagaimanapun Mingguan Konsep masih terbit 2 X sebulan walaupun permitnya adalah mingguan. Belum ada keupayaan untuk terbit seminggu sekali, usaha ke arah itu sedang dibuat.Saudara Mat Zahari Ali (bekas petugas Suara Keadilan) menjadi editornya.

Mingguan Fajar Islam tidak disambung permitnya olek KDN, malah saya didakwa di mahkamah kerana masa saya terbitkan permitnya sudah mati.
Timbul silap faham sebenarnya.

Permohonan pembaharuan permitnya telah diluluskan. Bayaran pun sudah saya buat. Tetapi permitnya tidak dikeluarkan dan bayaran kepada KDN untuk permit Fajar Islam dikembalikan. Kerana dituduh terbit tanpa permit, saya didenda RM1,500 oleh mahkmah.


Majalah Wasilatul-Ummah permitnya yang dibaharui baru sampai pada awal bulan Januari. Saya tengah dalam proses penyusunan untuk diterbitkan semula sambil menunggu bayaran pemindahan hakmilik Mingguan Wasilah untuk dijadikan suntikan modal.

Kalau tidak ada aral melintang, seorang bekas kakitangan TV9 akan bertindak sebagai editornya. Saya dalam proses berunding dengan beliau yang berminat untuk menerajui Wasilatul-Ummah.

Perniagaan saya mulanya agak stabil tetapi kerana sikap terlalu mudah berkiranya saya, menjadikan saya kini kepatahan sayap. Kebanyakan pengedar tidak menjelaskan bayaran, malah ada seorang exco kerajaan Kelantan turut tidak membayar harga bagi sejumlah akhbar yang ditempah walaupun nilainya tidak sampai habis sebulan elaunnya.

Ada juga pekerja yang belot, wang dari pengedar dipungut dan disalurkan ke akaun sendiri, bukannya ke akaun syarikat. Sepanjang beroperasi setahun saya melabur sekitar RM284,000 tetapi tidak ada sebarang pulangan.

Kebetulan pula ada pihak yang mahu saya jadi penjamin bagi pembelian kereta telah menukar status mejadikan saya pula sebagai pembeli dan ansurannya tidak dibayar. Padahnya saya kena black-list dan sukar untuk saya dapatkan pinjaman dari instittusi kewangan.

Padahnya saya menghadapi kesulitan untuk bergerak. Namun begitu saya masih lagi gigih berusaha untuk bebaskan diri dari segala belitan masalah dan saya tetap akan teruskan langkah walaupun sangat payah, Insyaallah!

1 comment:

Bapak Kepada Bekas Pekerja Meli said...

Dalam dunia sekarang orang jujur dan ikhlas jadi mangsa. Nak hidup senang kena pandai membelit, kena sanggup peralatakan orang, pijak dan rukah orang untuk kesenangan sendiri.

Kerana itulah pasaran dunia politik laku dan laris. Dalam dunia poitik tidak ada kejujuran dan keikhlasan, Kalau tak sanggup jadi jahat dan dijahati, tak boleh masuk politik.

Macam mana pun Meli kena bersabar, walaupun bersifat jujur, ikhlas, sedia berkoran, utamakan kepentingan orang lain melebilihi kepentingan sendiri tidak menjamin dapat meraih kekayaan dan dianggap cara hidup otodoks tetapi itulah yang Islam mahukan.

Tak apo Meli, dianiaya dan teraniaya dan rugi di dunia pasti akan dibalas denga hasanah di akhirat. Penjhayat dan penaniaya akan mati dalam keadaan jahat dan teraniaya.

Saya boleh nampak hati budi Meli apabila biliknya tidak beraircond tetapi bilik kakitangan beraircond, datangnya ke opis pula awal sokmo, balik lambat. Dia jadi tukang buka dan katup pintu pejabat, malah jadi tukang sapu sampah sekali.

Bila datang opis orang tak akan tahu bahawa Meli adalah boss Mungkin kerana itulah anak buah kurang hormat. Pertama kali datang ke opis dia, saya ingat dia pun datang nak tengok anak bekerja di situ. Bila kakitangan panggil dia boss, baru saya sedar itulah rupanya Meli.

Kalau ppakat tak bayar hutang dan anak buah pula seleweng duit, jangankan syarikat Meli yang hanya bermodal pusingankan sekitar RM200,000, sebaliknya sebuah kerajaan pun boleh bankrap.

Boleh ke Meli berikan nama exco yang ikut sama tak bayar hutang syarikat Meli. Bagi saya exco macam tu tidak ada moral. Kalau dengan usahawan media pun dia berani buat, dengan orang yang tidak ada luang dan peluang untuk dedahkan sikap dan sifatnya tentulah lebih teruk lagi. Bagi saya sikanya ini turut memberi saham kepada kepatahan sayap Meli.

Saya yakin Meli akan bangkit dan akan berjaya juga akhirnya. Modal utama dalam keusahawanan adalah ketulusan, kegigihan berusaha dan TIDAK PERNAH TAKUT GAGAL.

Anak saya yang kerja dengan Meli sekarang di Sabah, mengajar di sana. Bila telefon saya, dia selalu tanya tentang Meli dan akhbar mingguan serta majalah terbitan syarikat Meli. Salam dari anak aya untuk Meli.